Siakap Keli
Gambar via KTM Berhad

Mudah, Ini Cara Pergi Ke Johor Naik ETS Dari KL Sentral

Mudah, Ini Cara Pergi Ke Johor Naik ETS Dari KL Sentral

Terdapat pelbagai cara untuk seseorang itu melancong di serata Malaysia, sama ada memandu sendiri, menaiki bas, menaiki kapal terbang, menaiki feri dan sebagainya.

Selain itu, terdapat lagi sebuah pengangkutan yang anda boleh gunakan untuk tujuan melancong di serata Malaysia. Anda boleh menggunakan perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Sekiranya anda berada di Kuala Lumpur dan mahu melancong ke Selatan serta penat untuk memandu, anda boleh menggunakan ETS.

Cara untuk pergi ke Selatan menggunakan ETS amat mudah jika tahu caranya. Mari ikuti perkongsian yang dibawakan oleh KTMB untuk belajar cara pergi Johor menaiki ETS dari KL Sentral.

Dari KL Sentral Ke Gemas Ke Johor Bharu Sentral

Sebelum anda mulakan perjalanan, anda perlulah membeli tiket terlebih dahulu. Anda boleh membeli tiket sama ada di kaunter yang disediakan ataupun secara atas talian.

Anda perlu membeli dua tiket iaitu dari KL Sentral ke Gemas dan juga dari Gemas ke Johor Bharu Sentral.

Gambar via KTM Berhad

Perjalanan dari KL Sentral ke Gemas akan mengambil masa kira-kira dua jam 40 minit dan dari Gemas ke Johor Bharu Sentral pula akan mengambil masa selama empat jam 50 minit.

Jadi, pastikan anda merancang perjalanan dengan baik dan pastikan anda telah mengalas perut terlebih dahulu sebelum mulakan perjalanan.

Selain itu, pastikan juga telefon bimbit dan powerbank anda dicas sepenuhnya. Tidaklah anda kebosanan nanti ketika dalam perjalanan.

Selepas membeli tiket, anda akan menaiki ETS dari KL Sentral ke Gemas dulu. Selepas tiba di Gemas, anda akan bertukar daripada menaiki ETS ke kereta api Intercity.

Gambar via KTM Berhad

Untuk pengetahuan anda, kereta api Intercity ini mempunyai sebuah koc khas yang dijadikan sebuah kafe. Jadi, sekiranya anda sudah rasa lapar setelah beberapa jam dalam perjalanan, bolehlah membeli makanan di situ.

Gambar via KTM Berhad

Dalam perjalanan yang mengambil masa beberapa jam itu, bolehlah anda merehatkan diri dengan tidur sebentar ataupun menikmati pemandangan di luar tingkap anda itu.

Selepas beberapa jam, anda pun akan tiba di Johor Bharu Sentral. Walaupun perjalannya agak lama, tetapi ia juga amat mudah untuk menggunakan ETS untuk pergi ke Johor.

Sumber: KTM Berhad

BACA JUGA: Kanak-kanak Lelaki Nangis Terharu, Terima “Laptop” Daripada Ibu Bapa

Nurul Alya