Terkini

Trivia
Bilik Panas Waktu Malam, Ini 5 Barang Wajib Ada Kurangkan Bahang
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa Tiga Negeri Hingga Awal Pagi
Gaya hidup
Risau Anak Tak Tahu, Bapa Siap Tulis Nama Komponen Kereta
Berita
Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor
Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
dakwaan taib mahmud dilarikan
Kredit: Bernama

Dakwaan Taib Mahmud Dilarikan Tidak Benar – Ketua Polis Negara

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Dakwaan Taib Mahmud Dilarikan Tidak Benar – Ketua Polis Negara

PETALING JAYA, 7 Feb (Bernama) — Dakwaan bahawa bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud dilarikan adalah tidak benar, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.

Beliau berkata hal ini kerana keberadaan Abdul Taib diketahui ahli keluarga, adik-beradik, peguam dan doktor serta jururawat yang merawat beliau di hospital.

“Pihak polis ada terima laporan media berhubung perkara ini daripada ahli keluarga tetapi bukan daripada CP (Pesuruhajaya Polis Sarawak), Pengarah JSJ (Jabatan Siasatan Jenayah) dan IGP (Ketua Polis Negara).

“Laporan-laporan itu kami ambil dan siasat, namun ia tidak benar seperti yang dilaporkan mengatakan TYT (Tuan Yang Terutama) Abdul Taib diculik atau dilarikan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Pelancaran Op Selamat 21 dan Perasmian VSP 2.0 bersempena dengan Tahun Baharu Cina 2024 di Persada PLUS, Subang di sini hari ini.

“Bagaimanapun, dakwaan beliau diculik adalah tidak berasas kerana keberadaan beliau (Abdul Taib) kini di rumah.

“Fakta-fakta yang dilaporkan oleh media mengenai Abdul Taib sebelum ini perlu dibetulkan kembali dan hanya kenyataan rasmi polis boleh dikeluarkan berhubung maklumat kes berkenaan,” katanya dan menambah polis masih menjalankan siasatan kes itu.

Pada Isnin lepas, Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata dilapor telah menerima laporan tentang kejadian mendakwa Abdul Taib dibawa keluar dari sebuah hospital swasta.

Kes itu sedang disiasat di bawah Seksyen 336 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan yang boleh membahayakan nyawa atau keselamatan orang lain.

Sementara itu, di KUCHING, polis mengesahkan Abdul Taib berada di kediaman peribadi beliau di Sarawak.

Mancha berkata setakat ini, lapan laporan polis berhubung isu membabitkan Abdul Taib diterima termasuk daripada ahli keluarga beliau.

“Kita tidak boleh dedahkan lebih banyak maklumat kerana semua yang berlaku masih dalam siasatan,” katanya selepas merasmikan program Advokasi dan Penguatkuasaan Undang-undang Jalan Raya dan Pelancaran Op Selamat 21 Tahun Baharu Cina di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak hari ini.

BACA: Cara Tahu Usia Sebenar Kereta Terpakai, Bukan Sekadar Tengok “Mileage”

Sumber: Bernama