Siakap Keli

Edar Origami Kraf Naga Terbanyak Sempena Tahun Baharu, Mydin Terima Pengiktirafan The Malaysia Book of Records

Kuala Lumpur, 7 Februari 2024 – Rangkaian pemborong dan peruncit halal Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN) berjaya memecah rekod “ The Most “Dragon” Paper Crafts Distributed in a Day” yang di iktiraf oleh Malaysia Book of Records.

Penyerahan sijil tersebut disampaikan oleh Edwin Yeoh Tiong Chin, wakil Malaysia Book of Records kepada Pengarah Eksekutif MYDIN, Ahimmat MYDIN dan disaksikan oleh Menteri Perpaduan, YB Datuk Aaron Ago Dagang di MYDIN Subang Jaya pada 1 Februari 2024.

Menurut Pengarah Eksekutif MYDIN, Ahimmat Mydin, “ Inisiatif ini menzahirkan komitmen MYDIN dalam memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat di samping meraikan kepelbagaian perayaan di negara ini.

“Tanpa sokongan pelanggan yang berbilang kaum, MYDIN tidak mungkin akan bertahan dan kekal mampan dalam era perniagaan yang mencabar”. ujar beliau.

Sebanyak 100, 000 origami Kraf Naga kertas yang diedarkan kepada orang ramai melalui surat khabar The Star dan kepada pelajar sekolah melalui cawangan MYDIN di seluruh negara. Usaha tersebut adalah sebahagian daripada simbol perpaduan dan keharmonian kepelbagaian kaum di negara ini.

Amira

Love yourself.