Siakap Keli
azraai meninggal dunia
Gambar: Stadium AStro

Bekas Ketua Jurulatih Kedah Azraai Khor Meninggal Dunia

Bekas Ketua Jurulatih Bola Sepak Kedah Azraai Khor meninggal dunia

Bekas ketua jurulatih bola sepak Kedah, Mohd Azraai Khor Abdullah dilapor menghembuskan nafas terakhir akibat kegagalan jantung pada 12 tengah hari ini.

Perkara tersebut disahkan oleh anaknya sendiri Firdaus Zainuddin menerusi laman Facebook beliau.

“Mohon sedekahkan Al Fatihah buat bapa saya yang telah meninggal dunia sebentar tadi.

“Mohon Sama sama kita berdoa agar Allahyarhuma ditempatkan bersama-sama dengan orang-orang yang beriman. Aamiin,” memtik kapsyen yang dimuat pada hari ini.

Imbas kembali, Azraai, 72, seorang jurulatih yang berjaya membawa Kedah FA menjuarai gelaran treble untuk dua tahun berturut-turut dan digelar Daouble Treble.

Sumber: Stadium Astro

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana