Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Isu Kenderaan Menteri Ekori Ambulans: Loke Akan Beri Penjelasan

Iqbal Yasir
kenderaan Menteri ambulans
Gambar: Bernama

Isu Kenderaan Menteri Ekori Ambulans: Loke Akan Beri Penjelasan

IPOH, 8 Feb (Bernama) — Menteri Pengangkutan Anthony Loke akan memberikan penjelasan mengenai isu kenderaan rasmi menteri mengekori rapat ambulans yang dalam kecemasan di Lebuh Raya Utara-Selatan antara Simpang Pulai menghala Tapah, baru-baru ini.

“Itu nanti kita akan cakap, penjelasan akan diberikan oleh saya nanti,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Sistem Pembayaran Terbuka Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di sini hari ini.

Pada Selasa, Timbalan Ketua Pemuda MCA Chong Yew Chuan berkata Loke perlu mendedahkan identiti menteri berkenaan bagi membuktikan komitmen Kerajaan Perpaduan dalam mempertahankan kedaulatan undang-undang tanpa ‘memilih bulu’ dan memelihara nama baik kerajaan.

BACA: Pemulihan Aset 1MDB: Lebih RM23 Juta Diperoleh Semula Pada 2023 Dan Februari – SPRM

Chong berkata insiden yang berlaku sewaktu kejadian kemalangan berkenaan tular di media sosial dan menerima perhatian serta kecaman orang ramai.

Dalam perkembangan lain, Loke berkata proses menambah baik kemudahan di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah Ipoh akan dilaksanakan tahun ini melibatkan kos RM8 juta.

Beliau berkata kos itu akan ditanggung oleh Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) melibatkan penambahan kaunter imigresen dan kaunter daftar masuk bagi menampung jumlah penumpang yang semakin meningkat ke Perak.

“Buat masa ini, tumpuan ialah mengoptimumkan kemudahan sedia ada, dan kita akan lihat juga usaha menambah penerbangan dari lebih banyak destinasi tempatan dan luar negara di lapangan terbang ini,” katanya.

Sumber: BERNAMA