Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Mangsa Terjejas Tanah Runtuh Di Cameron Highlands Tarik Nafas Lega

syafiq halim

Mangsa Terjejas Tanah Runtuh Di Cameron Highlands Tarik Nafas Lega

Mangsa tanah runtuh di Sg. Ruil, Cameron Highlands pada 12 Oktober lalu boleh menjalani kehidupan selesa selepas menerima kunci kuarters penempatan sementara bermula 1 Februari 2024 dari pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) Pahang.

Pelbagai bantuan telah diberikan oleh agensi berwajib bagi meringankan beban 16 keluarga yang terjejas. Malah, YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (YAB Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa & Wilayah) juga telah turut bersama mendengar taklimat oleh agensi berwajib ketika lawatan beliau pada 6 Jan 2024 serta berkesempatan menyantuni penduduk terlibat yang berteduh di Dewan Komuniti Sg Ruil.

Majlis penyerahan yang telah diadakan pada 5 Februari 2024, disampaikan oleh YBhg Dato’ Baderul Sham bin Saad, Pengurus Besar TNB Negeri Pahang ini merupakan majlis simbolik penyerahan kunci Kuarters TNB Sg Ruil kepada pihak JAKOA. Majlis turut dihadiri Ahli Parlimen Cameron Highlands merangkap Timbalan YDP Dewan Rakyat, Dato’ Ramli bin Mohd Nor, ADUN Tanah Rata, YB Ho Chi Yang, serta YBhg Datuk Hjh Sapiah binti Dato’ Mohd Nor, Ketua Pengarah JAKOA.

Pihak JAKOA juga ingin menyampaikan setinggi penghargaan kepada pihak TNB yang telah menjalankan kerja-kerja baik pulih kuarters melibatkan cat, rewiring, piping secara CSR dengan nilai RM103 ribu dan pengecualian deposit sewaan selama tiga (3) bulan. TNB juga berbesar hati dengan memberi sumbangan berupa periuk nasi elektrik bagi setiap ketua isi rumah (KIR) yang mendiami kuarters tersebut sehingga kerja-kerja pembaikan cerun dijangka selesai pada November 2025.

Tanah Runtuh Di Cameron Highlands