Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Sarjan Polis Didakwa Rogol Remaja Dalam Kereta

Nurhanis
sarjan polis rogol remaja
Kredit: BERNAMA

Sarjan Polis Didakwa Rogol Remaja Dalam Kereta

IPOH, 8 Feb (Bernama) — Seorang anggota polis berpangkat sarjan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merogol seorang remaja, bulan lepas.

Tertuduh, 42, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ainul Shahrin Mohamad.

Dia didakwa merogol seorang remaja perempuan berumur 16 tahun dalam sebuah kereta di tempat letak kenderaan hadapan sebuah pasar raya di Seri Iskandar pada kira-kira 4 petang, 12 Jan lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Qurratu’aini Khalifah tidak menawarkan jaminan kerana bimbang tertuduh akan mengganggu mangsa manakala peguam Ahmad Shamil Azad Abdul Hamid memohon anak guamnya diberi jaminan rendah atas alasan perlu menanggung isteri dan lima anak dengan pendapatan bersih sebanyak RM2,000.

Hakim Ainul Shahrin membenarkan jaminan sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin serta syarat tertuduh tidak boleh mendekati mangsa.

Mahkamah menetapkan 25 Mac depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi serahan dokumen.

Pada 28 Jan lepas, polis menahan anggota berkenaan bagi membantu siasatan kes rogol pelajar tingkatan empat di Seri Iskandar.

Sumber: BERNAMA