Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Menderita Penyakit Genetik Atrofi Otot Spina, Adik Sufi Syafrina Meninggal Dunia

Kredit: Sinar Harian

Menderita Penyakit Genetik Atrofi Otot Spina, Adik Sufi Syafrina Meninggal Dunia

Adik Sufi Syafrina yang menderita penyakit genetik Atrofi Otot Spina (SMA) jenis 1 dilapor meninggal dunia pada Khamis, lapor Sinar Harian.

Berita kematian kanak-kanak berusia 12 bulan itu disahkan oleh ayahnya, Mohd Shafiq Idrus, 30, kepada portal berita tersebut hari ini.

Menurut Sinar Harian, jenazah Adik Sufi dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Kantan Kajang, Selangor selepas solat Isyak tadi.

Dalam pada itu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut mengucapkan takziah kepada keluarga Adik Sufi atas pemergiannya.

“Saya sempat menziarahi adik Sufi pada tahun lalu di rumahnya dan ketika dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Kehilangannya amat dirasai, semoga keluarga tabah dalam menghadapi dugaan ini,” katanya menerusi hantaran di Instagram.

Kisah adik Sufi yang menderita penyakit berkenaan sempat tular di media sosial pada tahun lepas. Tabung Sumbangan Adik Sufi turut dilancarkan bagi mengumpul dana sebanyak RM9 juta, untuk menampung kos rawatan termasuk mendapatkan suntikan Zolgensma.

Adik Sufi sebelum ini dilapor bergantung kepada ubat Risdiplam yang berharga RM40,300 untuk tempoh 35 hari bagi mengekalkan tahap kesihatannya.

Malah, Adik Sufi juga perlu menjalani rawatan bioterapi di Hospital Shah Alam tiga hingga empat kali seminggu.

BACA: Bekas Ketua Jurulatih Kedah Azraai Khor Meninggal Dunia

Sumber: Sinar Harian