Siakap Keli
doktor pre wedding dipecat
Gambar: HateDetectors

Doktor Dipecat Kerana Lakukan “Pre Wedding” Dalam Bilik Bedah

Doktor Dipecat Kerana Lakukan “Pre Wedding” Dalam Bilik Bedah

NEW DELHI — Seorang doktor kontrak yang bekerja di sebuah hospital kerajaan di daerah Chitradurga di Karnataka telah dipecat gara-gara melakukan sesi penggambaran praperkahwinan bersama tunangnya dalam bilik bedah, lapor NDTV.

Video tular itu dikesan Menteri Kesihatan Karnataka, Dinesh Gundu Rao dan beliau segera mengambil tindakan dengan memberhentikan doktor lelaki yang bekerja di hospital itu serta-merta.

Beliau menegaskan hospital kerajaan bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan kepada orang ramai.

Jelasnya, ia bukan untuk kegunaan peribadi dan kerajaan tidak akan sesekali bertoleransi terhadap kakitangannya yang tidak berdisiplin.

“Seorang doktor yang melakukan penggambaran pra-perkahwinan di dewan bedah Hospital Kerajaan Bharamasagar di Chitradurga telah diberhentikan daripada perkhidmatan.

BACA: Lelaki Menyamar Doktor, Kahwin Dengan 27 Wanita Di 10 Negeri Semata Untuk Duit Berjaya Dicekup Polis

“Hospital kerajaan ditubuhkan untuk merawat kesihatan orang ramai dan bukan untuk kerja peribadi. Saya tidak boleh bertolak ansur dengan sikap tidak disiplin seperti itu daripada doktor,” tulisnya dalam satu hantaran di platform X.

Selain itu, beliau menambah semua pekerja kontrak, termasuk doktor dan kakitangan yang menjalankan tugas di jabatan kesihatan, harus melaksanakan tugas mereka mengikut peraturan perkhidmatan kerajaan.

“Saya sudah pun berpesan kepada doktor terbabit dan semua kakitangan supaya berhati-hati agar kesalahan sebegini tidak berulang di hospital kerajaan.

“Semua kakitangan harus fokus dalam melaksanakan tugas kerana mengetahui kemudahan yang disediakan kerajaan kepada hospital kerajaan adalah untuk penjagaan kesihatan rakyat jelata,” katanya lagi.

Dalam rakaman tersebut mendedahkan, doktor tersebut melakukan simulasi pembedahan ke atas seorang pesakit sambil dibantu oleh tunangnya.

Difahamkan, pasangan tersebut dipercayai melakukan sesi penggambaran bertemakan perubatan di mana mereka menggunakan alat perubatan dan peralatan kelengkapan cahaya profesional.

Lebih mengeruhkan keadaan, suara gelak tawa daripada jurukamera dan juruteknik menimbulkan kontroversi video berkenaan.

Walau bagaimanapun, tindakan doktor tersebut memakan diri selepas mengundang kemarahan warga maya susulan videonya melakukan sesi itu berjaya dirakam dan tular di media sosial.

Sumber: NDTV

BACA JUGA: Pesawat Dilihat Terbang ‘Tidak Betul’, Jatuh Menjunam – Saksi

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?