Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Pesawat Ringan Terhempas, Bomba Sedang Giat Cari Mangsa
Operasi mencari mangsa nahas pesawat terhempas di Kampung Tok Muda Kapar, Klang, Selangor sedang giat dijalankan.
Perkara itu dimaklumkan oleh BERNAMA menerusi kemaskini terbaru mereka berkenaan kejadian nahas tersebut.
“Anggota bomba sedang menjalankan kerja-kerja mencari mangsa susulan sebuah pesawat terhempas di Kampung Tok Muda Kapar, Klang hari ini,” kata BERNAMA.
Dalam pada itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelemat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata panggilan kecemasan berkenaan kejadian nahas diterima oleh pihaknya kira-kira 1.56 petang tadi.
Susulan itu, pihaknya telah mengerahkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kapar ke lokasi kejadian.
Sehingga kini, berapa jumlah mangsa yang terlibat dalam nahas masih belum diketahui.
BACA: Bolehkah Bakteria Dalam Badan Pengaruhi Mood Seseorang? Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu
Sumber:BERNAMA