Siakap Keli
cara simpan plastik
Gambar: Abylla Amjah

Guna Cara Ni Simpan Plastik Biar Kemas

Sekali Imbas Macam Ketupat Palas Pula, Ini Cara Simpan Plastik Biar Kemas

Setiap kali pulang dari mana-mana kedai atau pasar raya tentunya kita akan membawa pulang beg plastik yang disediakan. Lagi banyak barang, lagi banyak beg plastik yang kita bawa pulang ke rumah betul tak?

Secara tidak langsung di rumah berlaku lambakan beg plastik. Plastik ini juga tidak boleh dibuang sembarangan dengan sekiranya bukan beg plastik biodegrasi kerana boleh memudaratkan alam sekitar.

Oleh itu, sesetengah orang gemar menyimpan beg plastik ini untuk kegunaan lain antara untuk meletakkan sesuatu barangan jika diperlukan dan banyak lagi.

Namun, cara penyimpanan beg plastik ini juga memainkan peranan penting. Jika ia tidak disimpan dengan betul, beg plastik ini boleh memakan ruang rumah anda malah suasana rumah kelihatan tidak teratur.

Sehubungan itu, hari ini SK akan berkongsikan tip cara menyimpan beg plastik dengan kemas di rumah anda.

Tentu masih ramai yang belum mengetahui satu ‘trick’ untuk menyimpan beg-beg plastik di rumah. Jadi, jom ikuti perkongsian Abylla Amjah via Viral Muafakat Johor.

BACA: Rebat Bil Elektrik RM40 Sebulan: Ini Cara Semakan

Cara Simpan Plastik Biar Kemas

Gambar: Abylla Amjah

Cara-cara dekat gambar ye. Macam mana nak tau plastik besar kecik? Pada size segi tiga yang dah siap lipat nanti. Kalau kecik, kecik la dia. Kalau besar, besar la dia.

Semoga bermanfaat untuk semua. 

Cara-Cara

Gambar: Abylla Amjah

Langkah pertama, lipat plastik kepada dua bahagian.

Gambar: Abylla Amjah

Langkah kedua, lipat kali kedua plastik tadi menjadi bahagian yang lebih kecil.

Gambar: Abylla Amjah

Langkah ketiga, lipatkan ia menjadi segi tiga dengan menarik dari bawah.

cara simpan plastik
Gambar: Abylla Amjah

Langkah keempat, ambil lebihan plastik dan selitkan bahagian hujung plastik pada celahan lipatan dan siap.

cara simpan plastik
Gambar: Abylla Amjah
cara simpan plastik
Gambar: Abylla Amjah

Seterusnya, ambil plastik dan masukkan ke dalam bakul serta simpan dalam laci meja. Mudah je kan?

Sumber: Abylla Amjah via Viral Muafakat Johor

BACA JUGA: Ratusan Nyawa Penyokong Terkorban, Ini 7 Tragedi Terburuk Pernah Berlaku Dalam Sejarah Bola Sepak Dunia

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.