Siakap Keli
Kredit: Bernama

KPM Tekad Perkukuh Kerjasama Dengan SPP Atasi Isu Kekurangan Guru

KPM Tekad Perkukuh Kerjasama Dengan SPP Atasi Isu Kekurangan Guru

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa bekerjasama erat dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) untuk memastikan isu kekurangan guru di sekolah-sekolah seluruh negara dapat diatasi. Sinergi kerjasama strategik kedua-dua pihak cukup signifikan dalam memastikan unjuran guru memenuhi keperluan semasa.

Pengambilan seramai 6315 orang graduan bukan pendidikan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 secara Contract of Service (COS) seperti yang diumumkan oleh SPP pada minggu lalu adalah cerminan komitmen berterusan kerajaan untuk memastikan unjuran keperluan dan penempatan guru di sekolah dipenuhi.

Sepanjang tahun 2023, seramai 18,792 orang guru baharu telah dilantik. Seramai 9,155 orang guru telah ditempatkan di sekolah rendah manakala seramai 9,637 orang guru di sekolah menengah.

Lonjakan penambahan bilangan guru ini adalah komitmen besar Kerajaan Madani dalam memperkukuh agenda reformasi pendidikan dan memartabatkan kualiti pendidikan negara.

Amira

Love yourself.