Siakap Keli
Website paling banyak dilayari
Kredit AFP

Ini 10 “Website” Paling Banyak Dilayari Rakyat Malaysia Pada Januari

Ini 10 “Website” Paling Banyak Dilayari Rakyat Malaysia Pada Januari

Di dalam dunia serba moden ini, kita tidak dapat lari dari perkembangan teknologi yang semakin pesat membangun.

Penggunaan teknologi yang canggih telah menjadi satu kewajipan dalam kehidupan supaya anda nampak tidak ketinggalan.

Apatah lagi di zaman maklumat di hujung jari ini, jika anda terlepas apa-apa, dengan pantas anda akan dicop sebagai ketinggalan.

Salah satu teknologi yang ada pada hari ini tentunya teknologi internet yang membenarkan kita melayari laman sesawang dengan mudah.

Terbaru, syarikat pembekal data digital untuk perniagaan, Similar Web mengeluarkan senarai laman sesawang yang sering dilayari oleh rakyat Malaysia pada Januari 2024.

Sebelum itu, mari kita ketahui dahulu apa itu definisi laman sesawang.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, laman web atau sesawang adalah sebuah dokumen elektronik pada paparan skrin komputer dan biasanya mengandungi teks, grafik, imej, bunyi dan sebagainya.

Kandungan-kandungan yang dipaparkan biasanya berkaitan institusi, organisasi, persatuan, individu dan sebagainya yang boleh diakses dengan capaian internet.

BACA: Review Pandang Pertama, Ini Apa Yang Siri Samsung Galaxy S24 Boleh Buat Bila Disemat AI

Google berada di kedudukan yang pertama

Berdasarkan Similar Web, tempat pertama senarai itu diungguli oleh Google.com.

Seperti sedia maklum, Google adalah merupakan laman carian yang paling popular dan paling banyak digunakan manusia.

Bahkan, Google.com juga menduduki tempat yang pertama dalam senarai laman sesawang yang paling banyak dilayari di dunia.

Maka tidak hairanlah jika Google.com berada di kedudukan teratas dalam senarai tersebut.

Menyempurnakan kedudukan tiga teratas adalah Youtube.com dan Facebook.com. Sama seperti Google.com, dua laman sesawang ini bukan sahaja paling banyak dilayari di Malaysia, malah ia juga paling banyak dilayari di dunia.

Daripada 10 senarai laman sesawang yang paling banyak dilayari oleh rakyat Malaysia, tujuh daripanya turut tersenarai dalam 10 laman sesawang yang paling banyak dilayari di dunia.

Berdasarkan senarai itu lagi, lima daripada 10 senarai tersebut adalah datang daripada laman sesawang yang berkaitan dengan media sosial.

Antara media sosial tersebut adalah Facebook, WhatsApp, Instagram, Twitter dan TikTok.

Website Paling Banyak Dilayari
Kredit Similar Web

BACA: Bolehkah Bakteria Dalam Badan Pengaruhi Mood Seseorang? Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

BACA: Bos Mesej Waktu Cuti, Ini 8 Tanda Persekitaran Kerja Dah Jadi Toksik

Sumber: Similar Web

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka