Siakap Keli
Harga kawalan beras
Kredit BERNAMA

Mesyuarat NACCOL Putuskan Harga Kawalan Beras Minggu Depan – PM Anwar

Mesyuarat NACCOL Putuskan Harga Kawalan Beras Minggu Depan – PM Anwar

BUKIT MERTAJAM, 16 Feb (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata isu harga kawalan beras, akan menjadi salah satu agenda utama pada Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Pelaksanaan Majlis Tindakan Sara Hidup (NACCOL), minggu depan.

Beliau berkata mesyuarat yang sepatutnya bersidang lebih awal, ditangguhkan ke minggu depan bagi memasukkan hal yang lebih mendesak seperti harga kawalan beras.

“Kita tangguh mesyuarat NACCOL ke minggu depan, di mana kita akan putuskan secara muktamad tentang harga beras yang dikawal.

“Walaupun ia (harga) tidak boleh rendah sangat, namun saya yakin boleh dikurangkan jika kita lihat semula dan teliti bekalan dapat dari mana, siapa kontraktor dan berapa banyak keuntungan mereka,” katanya ketika berucap dalam Program Jualan Termurah MADANI di Bandar Perda, di sini hari ini.

Anwar turut mengingatkan ‘orang tengah’, agar tidak mengambil keuntungan yang terlalu tinggi kerana ini akan menyebabkan harga di pasaran melambung.

BACA: Bolehkah Bakteria Dalam Badan Pengaruhi Mood Seseorang? Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Sumber: BERNAMA

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka