Siakap Keli
cara potong tayar terpakai
Kredit TikTok/@lamankoi

Mudah Sangat, Abang Ni Ajar Cara Potong Sisi Tayar, Boleh Buat Bekas Tanaman

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Mudah Sangat, Abang Ni Ajar Cara Potong Sisi Tayar, Boleh Buat Bekas Tanaman

Produk atau barangan yang diperbuat daripada plastik adalah antara penyumbang kepada masalah pencemaran alam sekitar yang terbesar di dunia

Disebabkan sifatnya yang sangat lambat terurai, plastik yang dibuang begitu sahaja memberi pemandangan yang buruk kepada persekitaran.

Namun begitu, plastik boleh dikumpul dan dihantar ke pusat pengumpulan untuk dikitar semula.

Bagaimana pula dengan tayar lama? Macam mana nak dikitar semula, ada ke pusat kitar semula terima tayar-tayar terpakai?

Cara mudah potong sisi tayar, boleh buat bekas tanaman untuk bercucuk tanam

Bagi mereka yang suka berkebun, tayar lama atau terpakai boleh dikitar semula menjadi medium atau bekas tanaman.

Akan tetapi, ada satu hal yang menjadi masalah apabila kita hendak menggunakan tayar sebagai bekas tanaman.

Sisi tayar perlu dipotong supaya kerja-kerja penanaman menjadi mudah, namun bagaimanakah caranya?

Seorang pengguna TikTok yang bernama @lamankoi, baru-baru ini berkongsi satu teknik mudah bagaiamana hendak memotong sisi tayar.

Potong tayar untuk buat raise bed

Menurut perkongsian itu, peralatan yang anda perlukan untuk memotong tayar itu hanyalah sebilah pisau tajam sahaja.

Perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah dengan menekan bahagian sisi tayar dan potong sedikt mengikut garisan yang ada pada tayar tersebut sehingga terbelah.

Apabila bahagian itu sudah terbelah, tarik sedikit bahagian sisi tayar dan potong perlahan-lahan mengikut kesan belahan tersebut.

Menurut @lamankoi, tayar terpakai tersebut diperoleh daripada kedai tayar terpakai.

Meninjau ke ruangan komen, ramai yang berterima kasih atas ilmu yang telah dikongsikan oleh pengguna TikTok tersebut.

“Boleh cuba ni. Terima kasih, ilmu yang bermanfaat,” tulis seorang pengguna yang berterima kasih.

“Baru tahu boleh potong guna pisau biasa je,” tulis seorang lagi pengguna.

Setakat ini sahaja perkongsian pada hari ini, semoga ia dapat memberi manfaat kepada semua pembaca.

BACA: Bolehkah Bakteria Dalam Badan Pengaruhi Mood Seseorang? Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

@lamankoi

Replying to @FaZ❤ Cara potong tayar buat #raisedbed #raisedbedgarden #raisedbedtayar #lamanbaiz #lamankoi #haigengmohtenang #lamanrumah #lamanhijau #kebunbandar #gengkebun

♬ Relaxed and heartwarming songs for daily life(1325200) – Sumochi

Sumber: TikTok/@lamankoi

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka