Siakap Keli
Polis tunda moto habis minyak
Kredit TikTok

Tular Abang Polis Tolong Tunda ‘Moto’ Habis Minyak, Dapat Pujian Netizen

Tular Abang Polis Tolong Tunda ‘Moto’ Habis Minyak, Dapat Pujian Netizen

Tindakan seorang anggota polis trafik membantu seorang penunggang motosikal yang kehabisan minyak di Lebuhraya Damansara Puchong, Selangor mendapat pujian ramai.

Malah, anggota tersebut turut mendapat penghargaan daripada Polis Diraja Malaysia atas tindakan pantasnya membantu orang awam tersebut.

Perkara itu didedahkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi perkongsian  mereka di laman Facebook rasmi unit beruniform tersebut.

Menerusi perkongsian itu, penghargaan turut ditujukan kepada empat orang anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya.

Polis tolong tunda moto rider habis minyak, dapat pujian warga maya

@nazreen.nasharudd

♬ Hall Of Fame – PHARAØH & EQRIC & Clayton Jones

Empat anggota tersebut adalah Sarjan Azrizal Che Rahim, Lans Koperal Mohamad Zafri Rusli, Konstabel Wang Muhamad Wan Azrul dan Konstable Muhammad Nur Iman Mohd Kamaruddin.

Bantu tunda motosikal hingga sampai ke stesen minyak berdekatan

Ketika bertugas, mereka menemui penunggang motosikal berkenaan bersama kenderaannya yang kehabisan minyak.

Prihatin dengan situasi tersebut, Konstabel Muhamad Nur Iman kemudiannya membantu menunda motosikal orang awam tersebut.

Motosikal tersebut berjaya ditunda dengan selamat sehingga tiba di stesen minyak berdekatan.

“Sikap ini wajar dijadikan contoh kepada semua warga Sang Saka Biru bertepatan dengan slogan ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’,” tulis perkongsian itu lagi.

Menjengah ke ruang komen hantaran PDRM, ramai warga maya memuji tindakan yang diambil oleh anggota-anggota berkenaan.

Dapat pujian warga maya, yang baik dijadikan teladan

“Terbaik abang polis, semoga Allah merahmatimu,” kata seorang warga maya.

“Hanya di Malaysia sahaja yang ada. Terbaik abang polis dan rakyat kerana saya juga pernah dibantu pelbagai bangsa,” ujar seorang lagi.

“Yang baik dijadikan teladan, terbaik” kata yang lain.

Sebelum ini, video seorang anggota polis trafik menunda sebuah motosikal telah tular di media sosial TikTok.

Video perkongsian itu telah dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai Nazreen Nasharuddin.

BACA: Bolehkah Bakteria Dalam Badan Pengaruhi Mood Seseorang? Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Sumber: Facebook/Polis Diraja Malaysia

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka