Siakap Keli
semai sawi kulit telur
Kredit: Laman Facebook Kumpulan Berkebun D Rumah

Jimat & Unik, Cara Semai Pokok Sawi Dalam Kulit Telur Ayam

Jimat & Unik, Cara Semai Pokok Sawi Dalam Kulit Telur Ayam

Kata orang, tiada ruginya apabila kita berbakti kepada tanah.

Selain dapat menyihatkan tubuh badan dengan aktiviti fizikal, hasil tanaman yang dituai kelak dapat pula menjimatkan perbelanjaan dapur.

Jika berkehendak, aktiviti menanam sayur-sayuran skala kecil ini tidaklah sesukar mana. Kosnya pula, jika dikitar semula bahan-bahan yang ada, sangatlah murah.

Misalnya, pilih sayur-sayuran yang tidak rumit untuk diuruskan seperti sayur sawi. Untuk tapak atau bekas semaian pula, anda boleh guna cengkerang telur ayam sahaja.

Cara semai sawi dalam bekas kulit telur ayam

Nanti dulu, guna cengkerang telur ayam? Macam mana tu? Boleh ke buat dibuat tapak semaian?

Jadi, hari ini SK hendak berkongsi tip bermanfaat yang disampaikan oleh Hadijah Abu Bakar di laman Facebook Kumpulan Berkebun D Rumah.

Perkongsian yang mendapat 1.8 ribu likes itu dapat membantu orang ramai untuk menanam pokok sawi dengan cara yang senang dan jimat.

Langkah-langkah menyemai benih pokok sawi

Berdasarkan perkongsian Puan Hadijah, sekurang-kurangnya ada tiga benda yang anda perlukan iaitu biji benih sawi, tanah hitam dan juga cengkerang telur ayam.

Cengkerang telur ayam ini pula, anda kena pelan dari awal-awal kerana perlu dipecahkan pada bahagian bujurnya, bukan di bahagian tengah seperti biasa.

semai sawi kulit telur
Gambar: Hadijah Abu Bakar

selain itu, ia juga perlu dibersihkan dengan teliti sehingga tiada bau telur supaya tidak menarik perhatian haiwan perosak.

Kemudian, anda juga perlu menebuk satu lubang kecil di satu lagi bahagian bujur telur.

Seterusnya, isi cengkerang telur itu dengan tanah dan letak biji benih. Melihat gambar-gambar yang dikongsikan, setiap cengkerang diisi sekurang-kurang tiga biji benih sawi.

semai sawi kulit telur
Gambar: Hadijah Abu Bakar

Selepas itu, apa yang perlu buat hanyalah penjagaan rutin, sesuai dengan saiz tapak semaian berasaskan cengkerang telur ayam.

Menurut Puan Hadijah di ruang komen, pokok sawi yang disemai sudah boleh dialihkan ke tapak tanaman dalam dua minggu kemudian.

Pokok sawi yang disemai juga boleh dialihkan selepas keluar daun keempat atau kelima.

semai sawi kulit telur
Gambar: Hadijah Abu Bakar

Bagaimanapun, Puan Hadijah memberitahu dia memilih untuk menanam pokok sawi yang disemai di dalam bekas polisterin, bukan di atas batas tanah.

Untuk mengalihkan pokok sawi ini ada cara-caranya. Anda perlu memecahkan cengkerang telur dengan berhati-hati dan tanam seperti biasa.

Perkongsian yang memberi manfaat kepada pengguna Facebook yang lain

Rata-rata komen di perkongsian Hadijah mengucapkan terima kasih di atas ilmu tersebut.

Semoga bermanfaat.

BACA: Lelaki Kongsi Tip Tanam Tanaman, Elak Serangga Perosak

Sumber: Laman Facebook Kumpulan Berkebun D Rumah

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.