Siakap Keli
Pengusaha bunga kantan
Kredit Facebook/Sadam Arffain

Kena Penyakit, Pengusaha Bunga Kantan Pasrah Terpaksa Cantas Semua Pokok

Kena Penyakit, Pengusaha Bunga Kantan Terpaksa Cantas Semua Pokok

Seorang pengusaha ladang bunga kantan terpaksa mencantas semua pokok bunga kantannya selepas tanaman itu terkena penyakit yang tidak mampu diubati.

Perkara itu didedahkan oleh pemilik ladang tersebut, Sadam Arffain menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Facebook miliknya, dua hari lepas.

“Tahun ni mungkin akan jadi tahun yang mencabar untuk saya. Boleh dikatakan hampir semua tanaman Kantan di ladang saya tumpas satu per satu,” katanya.

Menurut Sadam, gejala pengakit pada awalnya hanya dikenal pasti dari satu pokok sahaja.

Namun, penyakit itu kemudian merebak dan menjangkiti tanaman-tanaman di sekitar ladangnya.

“Simptom simptom penyakit dikenalpasti dari sepokok sahaja masa tu, kemudian mula merebak ke sebelah dan terus ke kawasan sekitar.

“Tanda simptom tu boleh dilihat dan dikesan dari tanda utamanya, iaitu bahagian hujung pucuk pelepah pokok akan dilihat kekuningan, layu dan mati.

“Berbeza dengan pelepah layu disebabkan kitaran penuaan yang normal pada pelepah tua, penyakit ini juga menyerang pada anak anak pelepah muda.

“Disebabkan penyakit ini, pertumbuhan tanaman juga akan mula hilang kesuburannya, terbantut, dan tidak mengeluarkan hasil(bunga) dengan baik,” kongsi Sadam lagi.

Penyakit akan mula makan dari dalam pokok bunga kantan

Katanya lagi, dia turut mengesan tanda lebam pada bahagian dalam batang pelepah tanaman terbabit.

Kesam lebam itu dipercayai merosakan tumbuhan itu dari dalam secara perlahan-lahan dan menyebabkan pokok mati.

Oleh itu, dia mengambil keputusan untuk mencantas semya pokok di ladangnya hingga ke pangkal.

“Jadi langkah yang saya ambil dengan mencantas hingga ke pangkal kesemua pokok yang rosak atau saya gelarkan sebagai RESET.

“Dalam beberapa percubaan awal saya sebelum ini, ada variable yang menunjukkan tanaman boleh tumbuh semula tanpa sebarang simptom tanpa rawatan apa-apa racun atau ubat.

“Secara teorinya, sel yang baru mungkin lebih adaptif dan immune dengan masalah keadaan sekitar demi kelangsungan hidup sel kromosom itu sendiri,” jelas Sadam lagi.

Dalam pada itu, Sadam melihat kejadian itu sebagai satu pengalaman baru baginya dalam mempelajari tentang tanaman tersebut.

Beliau mengakui bahawa ada beberapa perkara perlu diteliti untuk menambahkan lagi pengetahuan dalam modul kajiannya terhadap tanaman itu.

Malah, beliau juga berkata bahawa jika ada rezeki, dia pasti akan mengusahakan semula usaha ladang bunga kantan miliknya itu.

“Jadi masih ada lagikah harapan untuk mengembalikan kesuburan pokok seperti dulu?

“Jujurnya, ini adalah pengalaman baru yang saya hadapi sekarang sepanjang tempoh sembilan tahun ini.

“Ada lagi perkara yang perlu saya telitikan untuk ditambahkan lagi pengetahuan untuk modul kajian.

“Insyallah, kalau ada rezeki lagi, saya buat comeback semula,” akhiri Sadam.

BACA: Bolehkah Bakteria Dalam Badan Pengaruhi Mood Seseorang? Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Sumber: Facebook/Sadam Arffain

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka