Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Pemandu Van Halang Ambulans Dikenakan Tindakan – Polis 

Iqbal Yasir
pemandu van halang ambulans
Gambar: Bernama

Pemandu Van Halang Ambulans Dikenakan Tindakan – Polis

JOHOR BAHRU, 18 Feb (Bernama) — Seorang lelaki yang tidak memberikan laluan kepada sebuah ambulans di KM 14 Lebuhraya Pasir Gudang, dekat sini pagi semalam, telah dikenakan tindakan saman.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supt Mohd Sohaimi Ishak berkata pihaknya telah mengesan satu rakaman video berdurasi 47 saat pada 3.30 petang semalam menerusi media sosial yang memaparkan pemandu van jenis Toyota Hiace menghalang laluan ambulans.

“Van berwarna putih itu dilihat tidak mengendahkan untuk memberikan laluan walaupun siren telah dibunyikan serta lampu mata telah dinyalakan, hingga ambulans terpaksa memotong di lorong kiri.

“Susulan itu, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Seri Alam telah mengesan pemandu berkenaan dan telah mengenakan tindakan saman RM300 kerana melakukan kesalahan mengikut Peraturan 9(2) Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 166/59 kerana tidak memberikan laluan kepada kenderaan polis/ambulans/bomba/penjara/kastam/Jabatan Pengangkutan Jalan,” katanya dalam kenyataan.

BACA: Kereta Selalu Lekat Dalam ‘Traffic Jam’ Perlu Kerap Tukar Minyak Enjin? Ini Penjelasan Pakar

Beliau berkata lelaki berusia 38 tahun itu turut disiasat mengjkut Seksyen 56(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana tidak memiliki lesen memandu vokasional (GDL) manakala semakan juga mendapati dia mempunyai tujuh saman kesalahan trafik.

Sumber: BERNAMA