Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Bukan Ambulans & Bomba Je, Ini 4 Lagi Kenderaan Perlu Diberi Laluan Ketika Tugas Kecemasan

Kenderaan Perlu Diberi Laluan
Kredit: Bernama

Seperti yang diketahui, setiap pengguna jalan raya di Malaysia perlu mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa, khususnya Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Ia termasuklah dalam soal memberi laluan kepada kenderaan tertentu ketika menjalankan tugas kecemasan, yang turut mempunyai peruntukan tersendiri dalam peraturan lalu lintas.

Mungkin ada yang tidak tahu bahawa terdapat enam jenis kenderaan yang dibenarkan mendapat hak laluan mengatasi kenderaan lain di jalan raya.

Kenderaan perlu diberi laluan

Menurut petikan dalam kenyataan media yang dikeluarkan oleh JPJ pada 23 November 2022, enam kenderaan tersebut adalah:

  1. Kenderaan ambulans

  2. Kereta Jabatan Bomba

  3. Kenderaan Jabatan Kastam

  4. Kenderaan Jabatan Polis

  5. Kenderaan Jabatan Penjara

  6. Kenderaan JPJ

Kredit: Bernama

Berdasarkan kenyataan JPJ, ia melibatkan kenderaan jabatan atau agensi yang diwartakan di bawah Akta 333 sahaja dan terlibat secara langsung dalam tugas kecemasan serta penguatkuasaan.

Sebagaimana yang telah diperuntukkan di bawah Kaedah 9, Kaedah-Kaedah Lalu Lintas 1959, kenderaan-kenderaan itu dibenarkan untuk mendapatkan hak laluan kenderaan lain di jalan raya dengan cara membunyikan siren dan hon dua nada.

Dalam masa sama, pemandunya tetap perlu mengendalikan kenderaan dengan selamat dan tidak boleh memandu secara berbahaya, cuai atau tidak bertimbang rasa.

Di samping itu, orang ramai perlu beringat bahawa kegagalan memberi laluan kepada kenderaan kecemasan boleh dikenakan tindakan.

Sebagai contoh, PDRM sebelum ini memaklumkan tindakan terhadap pemandu yang menghalang ambulans boleh dikenakan di bawah Kaedah 9(2) LN166/59 dan dihukum mengikut Seksyen 119 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jadi, apabila terdengar siren daripada kenderaan kecemasan yang sedang menjalankan tugas, pengguna jalan raya perlu memberi ruang dan tidak menghalang laluannya.

Intipati
  • JPJ menyenaraikan enam kenderaan yang dibenarkan mendapat hak laluan ketika tugas kecemasan.
  • Senarai itu meliputi ambulans, bomba, kastam, polis, penjara dan kenderaan JPJ.
  • Kenderaan berkenaan perlu membunyikan siren dan hon dua nada ketika mendapatkan laluan.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan