Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

MMKN Tiada Kuasa Gantung Tugas SUK, Penasihat Undang-Undang - AGC

MMKN
Kredit: Bernama

Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Negeri Sembilan tidak mempunyai bidang kuasa dari segi undang-undang untuk menggantung tugas Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) mahupun Penasihat Undang-Undang Negeri berkenaan.

Perkara itu dimaklumkan Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam satu kenyataan.

AGC berpandangan bahawa sebarang urusan berkaitan pelantikan serta penggantungan kedua-dua jawatan kanan itu terletak sepenuhnya di bawah bidang kuasa suruhanjaya perkhidmatan berkaitan, dan bukannya pihak berkuasa negeri.

“Jabatan ini berpandangan bahawa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan tidak mempunyai kuasa dari segi undang-undang untuk menggantung tugas penyandang kedua-dua jawatan tersebut.

“Perkara berkaitan pelantikan termasuk penggantungan tugas Setiausaha Kerajaan Negeri dan Penasihat Undang-Undang Negeri masing-masing terletak di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP) sebagaimana yang termaktub dalam Perkara 37 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 (UUTKNS)” maklum kenyataan itu.

Mengulas lebih lanjut, AGC menyatakan pelantikan Penasihat Undang-Undang baharu pula perlu dinyatakan bahawa pelantikannya hendaklah mematuhi Perkara 37 UUTKNS iaitu dilantik Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan daripada kalangan anggota Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan.

Intipati
  • AGC berkata MMKN Negeri Sembilan tiada kuasa menggantung tugas SUK negeri.
  • Penggantungan SUK dan Penasihat Undang-Undang terletak bawah suruhanjaya perkhidmatan berkaitan.
  • Pelantikan Penasihat Undang-Undang baharu perlu mematuhi Perkara 37 UUTKNS.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan