Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Agong Dahulukan Rakyat, Beri Laluan Kepada Ambulans

Aqmal Ezany
agong beri ambulans laluan
Gambar: Istana Negara

Agong Dahulukan Rakyat, Beri Laluan Kepada Ambulans

KUALA LUMPUR, 25 April (Bernama) — Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mendahulukan rakyat yang berada dalam kecemasan dengan memberikan laluan kepada sebuah ambulans di Pekan, Pahang petang ini.

Menerusi perkongsian video berdurasi 11 saat di laman Facebook Istana Negara, Al-Sultan Abdullah yang ketika itu sedang memandu dilihat memberikan laluan kepada ambulans yang membunyikan siren kecemasan.

Baca: Rezeki Ramadan, Tengah ‘Shopping’ Raya Ada Yang Tawar X70 Percuma

Menurut catatan di laman itu, Seri Paduka dalam perjalanan berangkat ke Istana Abdulaziz di Kuantan dari Pekan, apabila ambulans yang membawa pesakit yang memerlukan rawatan segera itu berada di belakang kenderaan yang mengiringi baginda.

Sumber: BERNAMA