Siakap Keli
7 Jenama yang diserap
Kredit anokarina,AFP

Tak Sangka, 7 Istiliah Yang Kita Selalu Guna Ini Sebenarnya Jenama Produk

Ini 7 Jenama Yang Diserap Menjadi Istilah Baharu Dalam Bahasa Inggeris

Pada era globalisasi ini, istilah dan kosa kata baharu sering muncul seiring dengan perkembangan teknologi dan kemunculan produk baharu.

Misalnya dalam Bahasa Melayu, istilah-istilah baharu dibekalkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Sebagai contoh, DBP baru-baru ini memperkenalkan istilah ‘mi desir’ yang merujuk kepada ‘Mi Sizzling‘.

Perkembangan ini bukan sahaja terjadi pada bahasa Melayu, malah ia turut terjadi pada bahasa Inggeris.

Ia berlaku seiring dengan kemunculan jenama produk yang menjadi kata nama biasa yang sering digunakan sebagai kata harian penduduk dunia.

Menurut Medium, terdapat begitu banyak objek harian yang dahulunya menjadi nama dagangan atau jenama kepada sesuatu produk kini menjadi satu perkataan yang biasa.

Penggunaan perkataan-perkataan tersebut hari ini kadangkala tidak lagi merujuk kepada jenama yang diwakilinya.

Justeru, pada penulisan hari ini, SK ingin berkongsi tujuh jenama yang kini menjadi perkataan harian yang sering digunakan oleh orang ramai.

Bubble Wrap

Perkataan pertama yang diserap daripada sesuatu jenama adalah “bubble wrap” atau pembungkus gelembung.

Difahamkan, perkataan ini dijadikan jenama dagangan sejak tahun 1960 lagi oleh pengeluarnya iaitu syarikat Sealed Air Corporation.

7 Jenama yang diserap
Kredit anokarina

Istilah rasmi bagi bahan pembalut jenis ini pada awalnya dikenali sebagai “air bublle packaging” atau “pembungkusan gelembung udara”.

Bagaimanapun telah berlaku asimilasi dan istilah itu diserap menjadi perkataan harian yang baharu iaitu “bubble wrap“.

Ping Pong

7 Jenama yang diserap
Kredit AFP

Menurut Stickybranding, Ping Pong ialah jenama produk meja tenis yang dimiliki oleh Parker Bros.

Mereka dikatakan telah mencipta nama itu sejak tahun 1901 lagi. Pengasas syarikat jenama tersebut mendakwa bahawa bunyi bola kecil yang dipukul di atas meja itu berbunyi seperti “ping pong”.

Oleh itu, perkataan itu kemudiannya dipilih menjadi jenama atau perkataan yang baharu.

Eskalator

Perkataan eskalator adalah tanda dagangan yang didaftarkan oleh Otis Elevators pada 1899.

Syarikat itu merupakan pengeluar bagi semua jenis produk mekanisme pengangkat termasuk eskalator.

7 Jenama yang diserap
Kredit KAY NIETFELD/AFP

Aspirin

Nama ubat tahan sakit yang popular ini ialah tanda dagangan yang dimiliki oleh syarikat perubatan besar bernama Bayer.

Sepatutnya, pengeluar pil lain dengan formula dan kegunaan sama perlu menggunakan nama lain.

Akan tetapi, di beberapa negara, contohnya di Amerika Syarikat, perkataan Aspirin digunakan sebagai rujukan kepada ubat tahan sakit yang berada di pasaran.

7 Jenama yang diserap
Kredit AFP

Penggunaan aspirin ini terjadi kerana ia tidak mempunyai tanda dagangan global dan hanya memiliki hak untuk nama jenama tersebut bagi beberapa negara sahaja.

BACA: Bolehkah Bakteria Dalam Badan Pengaruhi Mood Seseorang? Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Popsicle

Popsicle secara amnya yang dikenali sebagai “ice pops” atau “freezer pops” dipercayai adalah tanda dagangan berdaftar milik Unilever.

Nama Popsicles dipopularkan oleh Frank Epperson selepas beliau mempatenkan konsep “ais beku pada batang kayu” sekitar tahun 1923.

7 Jenama yang diserap
Kredit AFP

Epperson mendakwa nama pop ais pertama kali dicipta pada tahun 1905 ketika beliau berusia 11 tahun.

Nama itu tercipta selepas beliau secara tidak sengaja meninggalkan segelas campuran soda dengan kayu pengadun di dalamnya ketika musim dingin.

Thermos

Perkataan thermos juga adalah merujuk kepada jenama sesuatu produk. Cara betul untuk memanggil produk ini ialah “vacuum flask” atau kelalang vakum. Nama thermos telah didaftar sebagai tanda dagang oleh LLS pada tahun 1904.

7 Jenama yang diserap
Kredit AFP

Walau bagaimanapun, selepas perkataan itu telah diguna pakai oleh ramai orang, perkataan itu kemudiannya telah menjadi satu istilah umum.

Sejak 60-an, nama itu kemudiannya secara rasmi telah menjadi satu istilah biasa dan digunakan oleh ramai orang.

Windbreaker

7 Jenama yang diserap
Kredit AFP

Perkataan “windbreaker” adalah tanda dagangan milik Celebration Trading Inc. yang mengeluarkan produk rekaan jaket.

Namun kini, windbreaker lebih dikenali sebagai kot nipis versi jaket yang lebih ringan serta direka untuk menahan angin sejuk dan hujan renyai.

Sumber: Medium, Stickybranding

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka