Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Cara Mohon Kursus Sijil Veterinar Malaysia, Yuran Percuma & Elaun RM200 Sebulan
Jabatan Perkhidmatan Veterinar mempelawa rakyat Malaysia yang berminat untuk mengambil kursus Sijil Veterinar Malaysia (SVM) secara percuma.
Perkara itu dimaklumkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar menerusi satu hantaran yang dimuat naik di laman Facebook rasmi jabatan tersebut.
Menurut laman web jabatan berkenaa, pengambilan SVM dibuat setiap tahun dengan tempoh pengajian secara sepenuh masa berjalan selama dua tahun.
Manakala tempat latihan dan kemudahan bagi pengambilan SVM pula bertempat di Institut Veterinar Malaysia, Kluang Johor.
Menurut Jabatan Perkhidmatan Veterinar, SVM yang dikeluarkan oleh Institut Veterinar Malaysia telah mendapat pengiktirafan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Pengiktirafan itu dibuat mulai 1 Januari 2004 dan setaraf dengan Sijil Institut Pertanian dari Institut Pertanian, Jabatan Pertanian Semenangjung Malaysia.
Malah, sijil itu juga mendapat pengiktirafan dari Jabatan Pertanian Sabah dan Jabatan Pertanian Sarawak.
Mereka yang berminat untuk menyertai SVM mestilah warganegara Malaysia yang memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia.
Peserta mestilah berumur antara 19 hingga 25 tahun pada masa mendaftar kursus dan mendapat sekurang-kurangnya kepujian Gred C dalam satu mata pelajaran berikut:
Sains;
Biologi;
Kimia;
Sains Pertanian;
Sains Tambahan;
Pengurusan Ternakan Ruminan;
Pengurusan Ladang Ternakan Ruminan;
Pengurusan Makanan Ternakan;
Kesihatan Ternakan;
Pembiakan Ternakan;
Pengurusan Pastura dan Folder; atau
Pengurusan Hasil Ternakan Ruminan;
Penyelenggaraan Perumahan Ternakan Poltri
Pengawalan Makhluk Perosak dan Pembersihan Reban
Nyahkuman Reban dan Rawatan Air Minuman
Penyediaan Tempat Perindukan
Pengendalian Kemasukan Poltri Umur Sehari
Pengurusan Poltri Peringkat Didik
Pengurusan Poltri Peringkat Pembesaran
Pengendalian Pengeluaran Telur Sajian
Pengendalian Telur Tetasan
Operasi Pengeluaran Poltri Umur Sehari
Sanitasi dan Penyeliaan Operasi Penetasan
Pengendalian Operasi Biosekuriti Ladang Poltri
Pengurusan Sisa Buangan Ladang Poltri
Bagi mereka yang diterima dalam mengikuti kursus SVM ini, yuran pengajian selama dua tahun adalah percuma.
Selain itu, peserta juga akan menikmati elaun bulanan sebanyak RM200 sebulan dan penginapan serta makan minum disediakan secara percuma.
Mereka yang memiliki SVM kelak turut berpeluang menyertai perkhidmatan awam G29.
Borang permohonan boleh didapati di Bahagian Pembangunan Modal Insan, Ibu Pejabat Perkhidmatan Veterinar, Putrajaya.
Selain itu, borang permohonan juga boleh didapati di Institut Veterinar Malaysia, Kluang atau di Ibu Pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri.
Anda juga boleh memuat turun borang dengan melayari laman web Jabatan Perkhidmatan Veterinar di www.dvs.gov.my.
BACA: Bolehkah Bakteria Dalam Badan Pengaruhi Mood Seseorang? Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=783897770428613&set=p.783897770428613&type=3
Sumber: Facebook/Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Jabatan Perkhidmatan Veterinar