Siakap Keli
wanita meninggal dalam kereta
Gambar: Sinar Harian

Meninggal Dalam Kereta: Wanita Dipercayai Berehat Tanpa Buka Tingkap Kereta

Meninggal Dalam Kereta: Wanita Dipercayai Berehat Tanpa Buka Tingkap Kereta

IPOH — Seorang wanita yang ditemukan meninggal dunia dalam sebuah kereta berkunci di kawasan parkir berhadapan Klinik Pakar, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) semalam didapati tertidur ketika menjaga bapa yang sakit di wad hospital berkenaan.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata mangsa dipercayai masuk ke dalam kereta berkenaan untuk berehat tanpa membuka cermin kereta.

Jelas Yahaya, pihaknya menerima maklumat daripada pengawal keselamatan semalam mengatakan telah ternampak seorang perempuan tidak sedarkan diri dan disyaki meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Siasatan awal mendapati mangsa ditemui dalam keadaan terbaring ditempat duduk bahagian belakang kereta.

“Dengan bantuan dari pihak bomba dan penyelamat, pintu kereta telah berjaya dibuka dan pemeriksaan oleh pegawai perubatan mengesahkan mangsa telah meinggal dunia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) sementara proses bedah siasat dilakukan pada hari ini.

“Pihak polis ini menasihatkan orang awam agar tidak mengamalkan tabiat tidur dalam kenderaan kerana sekiranya enjin kenderaan dimatikan, sistem pengudaraan tidak berfungsi, atau ketiadaan oksigen boleh menyebabkan kematian secara tiba-tiba,” katanya lagi.

BACA: Confirm Selamat Dan Berkualiti, Nak Beli Buah Dan Sayur, “Check” Dulu Ada Logo Ni

Semalam, Bernama melaporkan seorang wanita ditemukan meninggal dunia dalam sebuah kereta berkunci di kawasan parkir berhadapan Klinik Pakar, Hospital Raja Permaisuri Bainun.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 6.07 petang tadi sebelum tiba di lokasi kejadian pada jam 6.24 petang.

“Setibanya jentera di lokasi kejadian, didapati seorang mangsa terkunci di dalam kenderaan jenis Toyota Camry. Anggota bomba membuka pintu kereta menggunakan peralatan khas.

“Mangsa berusia 20 tahun diberi rawatan awal oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian dan disahkan meninggal dunia,”katanya dalam kenyataan.

Katanya, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Difahamkan mangsa ditemukan terbaring beralaskan bantal di kerusi penumpang belakang.

Sumber: Polis Daerah Ipoh

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?