Siakap Keli
Bateri dipasang dengan susunan
Kredit Wikimedia Commons, Webstaurant Store

Bukan Saja-saja, Rupanya Ini Sebab Bateri Dipasang Dengan Susunan Berlawanan

Bukan Saja-saja, Rupanya Ini Sebab Bateri Dipasang Dengan Susunan Berlawanan

Kita memang tidak dapat lari daripada bergantung kepada peralatan eletrik atau alat eletronik setiap hari.

Ada peralatan ini berfungsi dengan menggunakan bekalan eletrik yang dibekalkan terus ke rumah, seperti periuk nasi elektrik dan ketuhar gelombang mikro.

Selain itu, peralatan-peralatan yang menggunakan jumlah tenaga elektrik yang kecil pula boleh dihidupkan dengan menggunakan kuasa bateri.

Contohnya, alat kawalan jauh, jam dinding, permainan dan banyak lagi.

Biasanya, bateri hadir dalam saiz yang berbeza-beza seperti saiz AA, AAA, C, D, 9V dan 6V.

Kenapa bateri disusun dalam susunan arah berlawanan?

Pun begitu, apabila bercakap tentang bateri, pernah tak anda terfikir kenapa bateri dipasang pada arah berlawanan dalam peralatan elektrik?

Tak boleh ke slot bateri dicipta untuk membenarkan bateri dipasang dalam satu arah?

Sebenarnya, persoalan ini ada jawapannya. Jom kita kupas bersama.

Maksud bateri

Bateri dipasang dengan susunan
Kredit Webstaurant Store

Menurut kamus Kamus Cambridge, bateri bermaksud alat yang menghasilkan elektrik untuk membekalkan kuasa bagi peranti elektronik yang lain.

Bateri secara harfiahnya adalah satu objek yang dapat membantu membekalkan kuasa kepada peranti elektronik mengikut keperluan kuasa peranti tersebut.

Menurut Science ABC, bateri secara ringkasnya ialah koleksi sel elektrokimia dengan sambungan luaran yang membolehkannya menghidupkan peranti elektronik.

Ketika bateri digunakan, terminal positif bateri dipanggil katod dan terminal negatif bateri dikenali sebagai anod.

Elektron mengalir dari external circuit menuju ke anod dan bergerak ke katod.

Tindak balas redoks yang berlaku akan menukar tindak balas tenaga tinggi kepada produk tenaga rendah.

Tenaga yang berbaki kemudian sedia untuk digunakan oleh peranti atau produk dalam bentuk tenaga elektrik.

Bateri dipasang dengan susunan
Kredit Mammoth Memory

Kenapa bateri mesti disusun secara berselang seli?

Apabila lebih dari satu bateri disusun secara bersiri, terminal positif dan negatif bateri yang ada di hujung yang berbeza perlu bersambung.

Apabila bersambung, arus dapat mengalir, litar menjadi lengkap dan peranti dapat dihidupkan.

Bateri dipasang dengan susunan
Kredit Wikimedia Commons

Oleh itu, cara paling efisyen untuk menyusun bateri adalah bateri disusun secara berlawanan antara satu sama lain.

Dalam satu siri, bateri pertama akan disusun dengan terminal positif (+) di atas dan diikuti bateri kedua dengan terminal negatif (-) pada arah yang sama. Begitulah seterusnya secara berselang-seli.

Jika slot bateri dicipta untuk terminal (+) disusun satu arah dan terminal (-) satu arah, maka satu sistem wayar perlu ditambah antara bateri untuk menghubungkan kedua-dua terminal.

Keadaan itu boleh menambah kos atau menjadikan rekaan sesebuah produk elektrik menjadi lebih rumit dan serabut.

Berbeza jika disusun secara berlawanan, pereka hanya perlu menambah satu panel  besi pada hujung slot bateri untuk membolehkan kedua-dua terminal bateri bersambung.

BACA: Bolehkah Bakteria Dalam Badan Pengaruhi Mood Seseorang? Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Sumber: Dictionary Cambridge, Science ABC, Battery University

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka