Siakap Keli
Program Graduan Kijang
Kredit Bank Negara Malaysia

Program Graduan Kijang Dibuka, Tawar Peluang Bertugas Di BNM

Program Graduan Kijang Dibuka, Tawar Peluang Bertugas Di BNM

Bank Negara Malaysia (BNM) baru-baru ini menawarkan peluang kepada rakyat Malaysia untuk menyertai Program Graduan Kijang.

Program berkenaan difahamkan bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada rakyat Malaysia tentang cara pengurusan di BNM.

Menurut BNM, program itu juga akan memberikan pendedahan yang unik kepada peranan Bank Negara Malaysia yang pelbagai dalam membangunkan negara.

Menerusi portal bank pusat tersebut, terdapat tiga aliran yang ditawarkan iaitu Graduan Penganalisis, Graduan Penganalisis Penyeliaan, dan Graduan Penganalisis Digital.

Ketiga-tiga aliran ini dapat membantu peserta mempelajari dengan lebih mendalam berkenaan tugasan di perbankan, pendedahan dalam industri dan sebagainya.

Menurut BNM lagi, pengambilan bagi program ini dibuat sebanyak dua kali setiap iaitu pada bulan April dan September.

Mereka yang terpilih untuk menyertai program ini kelak akan menerima gaji dan faedah yang sama seperti graduan-graduan baru yang sedang berkhidmat di BNM.

Permohonan dibuka kepada semua graduan universiti tempatan dan juga luar negara.

Kelayakan calon yang boleh memohon KPG

Bagi calon yang berminat, mereka perlu memenuhi syarat-syarat berikut:

  • Warganegara Malaysia;
  • Kelayakan Akademik::
    • Ijazah Sarjana Muda atau Sarjana:
      Dijangka mencapai, atau telah mencapai, ijazah kelas kedua atas (2:1), atau CGPA 3.5/4, atau WAM 75% dalam ijazah sarjana muda atau sarjana dalam mana-mana disiplin daripada institusi akademik terkemuka;ATAU
    • Kelayakan profesional perakaunan:
      Dijangka mencapai, atau telah mencapai, skor purata sebanyak 65 dalam semua kertas peperiksaan, dengan ulangan peperiksaan yang minimum dalam kelayakan perakaunan profesional daripada institusi akademik terkemuka;
  • Mendapat keputusan akhir sebelum 1 April atau 1 September; dan
  • Mempunyai kurang daripada setahun pengalaman bekerja sepenuh masa selepas tamat pengajian.

Permohonan untuk KPG bagi sesi April 2024 kini sedang dibuka dari 14 Februari hingga 10 Mac depan.

Mereka yang berminat boleh mohon KPG secara atas talian dan perlu menjalani empat tapisan sebelum keputusan akhir diumumkan.

Pemohon yang berjaya akan ditugaskan secara bergilir-gilir merentasi jabatan yang berbeza pada setiap penggal.

Pada akhir program, peserta yang berjaya akan ditawarkan pekerjaan tetap di BNM.

Anda boleh layari careers.bnm.gov.my untuk mendapatkan maklumat lengkap tentang KPG dan membuat pendaftaran.

BACA: Bolehkah Bakteria Dalam Badan Pengaruhi Mood Seseorang? Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Sumber: Bank Negara Malaysia, X/BNM

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka