Siakap Keli
cara semak rebat bil elektrik rm40

Program Rebat Bil Elektrik RM40 Dilanjutkan, Ini Cara Nak Semak Kelayakan

Program Rebat Bil Elektrik RM40 Dilanjutkan, Ini Cara Nak Semak Kelayakan

Elektrik merupakan antara keperluan utama hidup. Tanpa elektrik, negara boleh lumpuh kerana banyak aktiviti, terutamanya aktiviti ekonomi tidak dapat berjalan.

Selain itu, segala urusan seharian warga sesebuah negara juga boleh terjejas. Bangunan rumah dan bangunan pejabat, semua memerlukan tenaga ini untuk beroperasi.

Perkhidmatan-perkhidmatan asas seperti hospital, sekolah dan sebagainya juga tidak dapat bergerak tanpa elektrik.

Dari sini, mengertilah kita semua betapa pentingnya sumber tenaga elektrik yang berterusan.

Cara semak kelayakan Rebat Bil Elektrik RM40

BACA: Review Pandang Pertama, Ini Apa Yang Siri Samsung Galaxy S24 Boleh Buat Bila Disemat AI

Pun begitu, tidak dapat dinafikan kos untuk menjana sumber tenaga itu semakin hari semakin meningkat.

Tidak dapat tidak, kesan kenaikan ini akan turut dirasai oleh pengguna akhir.

Sebab itulah, kerajaan sebelum ini telah melancarkan Program Rebat Bil Elektrik RM40 yang memberi manfaat kepada rakyat Malaysia.

Mujurlah, kerajaan mengambil keputusan untuk melanjutkan program berkenaan sehingga hujung tahun ini.

Menurut hantaran TNB Careline, program berkenaan ditawarkan kepada Ketua Isi Rumah (KIR) yang layak berdasarkan beberapa ciri.

Antara ciri-ciri tersebut KIR merupakan miskin tegar yang tersenarai dan disahkan dalam Sistem eKasih.

Anda boleh rujuk infografik dibawah untuk maklumat lanjut.

cara semak rebat bil elektrik rm40

Terhad untuk kediaman kategori Tarif A (Domestik/Kediaman) sahaja

Dalam pada itu, rebat yang ditawarkan cuma terhad untuk satu bil sahaja bagi setiap KIR sama ada bagi rumah sendiri atau rumah sewa.

Bagi bil bulanan dibawah RM40, baki rebat tidak akan dibawa ke bulan seterusnya. Manakala untuk bil melebihi RM40 pula, baki bil perlu dibayar oleh KIR.

Program ini juga hanya ditawarkan kepada kediaman kategori Tarif A (Domestik/Kediaman) sahaja.

Orang awam juga boleh menyemak kelayakan masing-masing menerusi pautan Semakan Rebat Bil Elektrik di sini https://semakanrebat.nrecc.gov.my/apps/public/index.php

Anda cuma perlu mengisi nombor kad pengenalan pada ruangan yang disediakan dan keputusan kelayakanan akan dikeluarkan.

Selain itu, anda juga boleh menyemak kriteria-kriteria kelayakan yang lain di pautan yang sama.

Semoga bermanfaat.

BACA: Kerajaan Tidak Pandang Ringan Isu Penurunan Ringgit – PM

BACA: Bos Mesej Waktu Cuti, Ini 8 Tanda Persekitaran Kerja Dah Jadi Toksik

Sumber: TNB Careline

Athirah

When nothing goes right, go left.