Siakap Keli
Muslim Ahmad muay thai
Gambar: Tangkap Layar

“Lutut” Lawan Hingga TKO, Muslim Ahmad Menang Aksi Sulung Muay Thai

“Lutut” Lawan Hingga TKO, Muslim Ahmad Menang Aksi Sulung Muay Thai

Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Muslim Ahmad mempamerkan aksi cemerlang selepas meraih kemenangan sulung dalam pertembungan Muay Thai pada Sabtu, lapor Stadium Astro.

Dalam pertembungan yang berlangsung di Padang Serai, Kedah, serangan ‘lutut’ pemain berusia 35 tahun itu ke arah pemain lawan, Atingpek berjaya menumbangkan lelaki tersebut sekaligus mendapatkan kemenangan ‘TKO’  dalam pusingan kedua sukan itu.

Sebelum ini, Kelantan MuayThai Channel – KMC turut memuat naik satu poster berhubung kemunculan bekas pemain bola sepak itu dalam arena berkenaan.

Bukan itu sahaja, laman Facebook rasmi T-Fight juga menerusi satu hantaran video memaparkan Muslim sedang giat membuat persiapan latihan bagi menghadapi perlawanan.

Perkara itu telah mengejutkan ramai pihak khususnya peminat bola sepak tempatan apabila Muslim bakal berentap dalam sukan Muay Thai.

BACA: Pelancong Ke Thailand Perlu Bawa Minimum Wang Tunai RM1,992

Difahamkan, semalam Muslim telah membuat kemunculan pertama dalam arena sukan itu, Regu Special Fight bertempat di pusat beli-belah C-mart di Padang Serai, Kedah.

Dalam dalam poster T-Fight 2.0 berkenaan, Muslim (Terengganu) dijadualkan berdepan dengan Atingpek dari Perlis pada jam 8.30 malam Sabtu.

Sementara itu, Muslim Ahmad menerusi akaun TikTok peribadinya turut berkongsi persediaan untuk perlawanan berkenaan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat terkejut dan sama sekali tidak menjangkakan pemain itu akan muncul dalam sukan Muay Thai.

Sebahagian mereka turut memberikan sokongan kepada bekas pemain kebangsaan itu dan mendoakannya dalam penglibatan sukan baharu itu.

Berikut antara sorotan komen daripada peminat di media sosial;

“Nak jadi anak muay pula haha,” komen Qua Rahman.

“Tukar bidang dah ke,” tulis Tarmizi.

“Mantap Muslim. Kami doakan semoga di bawah lindungan ALLAH SWT dan dipermudahkan urusan,” kata Ira Zara.

“Terbaikk Muslim…defend kena lebih sikit, kena tahu macam mana awak main bola macam tu la defend nya nanti,” tulis Wan Yaya PS

Sumber: Stadium Astro

BACA: Bekas Bintang All Blacks Sertai 5,000 Jemaah Solat Subuh Macam Jumaat Di Putrajaya

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?