Terkini

Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
kenderaan pandu lawan arus
Gambar: Polis Daerah Iskandar Puteri

Kenderaan Pandu Lawan Arus: Warga Emas Berusia 74 Tahun Ditahan

Iqbal Yasir

Kenderaan Pandu Lawan Arus: Warga Emas Berusia 74 Tahun Ditahan

JOHOR BAHRU — Seorang warga emas berusia 74 tahun ditahan pihak polis susulan memandu sebuah kenderaan melawan arus di 13.1J Lebuhraya Link Kedua semalam.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asistan Komisioner Rahmat Ariffin berkata pihaknya telah menahan suspek di Taman Nusa Bayu sekitar jam 10.49 pagi tadi.

“Hasil daripada siasatan yang telah dijalankan, mendapati suspek berumur 74 tahun, berasal daripada Segamat dan baru pertama kali datang ke Johor Bahru.

“Semasa kejadian, suspek dalam perjalanan ke rumah rakannya di Nusa Bayu, Gelang Patah.

“Suspek tidak tahu selok-belok jalan di Johor Bahru dan telah masuk ke jalan yang salah sehingga melawan arus seperti di dalam video yang tular di media sosial Facebook,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Sebelum ini, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Iskandar Puteri telah menerima satu maklumat berhubung satu video tular di dalam media sosial Facebook.

Di dalam video yang berdurasi 60 saat itu, menunjukkan sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi warna kelabu memandu secara merbahaya dengan melawan arus melalui arah bertentangan di lokasi 13.1J Lebuhraya Link Kedua, Johor Bahru, Johor.

BACA: Perdana Menteri Palestin Mohammad Shtayyeh Umum Letak Jawatan

Ujar Rahmat, suspek telah dibawa ke BSPTD Iskandar Puteri bagi membantu siasatan dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu secara merbahaya.

“Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat berkaitan dengan kejadian tersebut boleh menghubungi BSPTD Iskandar Puteri di Talian 07-5101322,” katanya.

Pemandu Lori Pandu Lawan Arus Di Linkedua Ditahan

Terdahulu, seorang pemandu lori dipercayai memandu melawan arus di Kilometer 5.5 Lebuhraya Linkedua, Iskandar Puteri, lapor Bernama.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Rahmat Ariffin berkata lelaki berusia 41 tahun yang didapati di bawah pengaruh alkohol itu, ditahan pada pukul 4.40 petang bagi membantu siasatan.

Sumber: Polis Daerah Iskandar Puteri

BACA JUGA: Beli Beg Tiada Kod Tarikh? Ini Cara Semak Beg Original Atau Palsu