Siakap Keli
semak beg tangan
Gambar: TikTok @mirzanjohor

Beli Beg Tiada Kod Tarikh? Ini Cara Semak Beg Original Atau Palsu

Ini Cara Semak Beg Original Atau Palsu

Beg tangan merupakan salah satu aksesori bagi golongan wanita. Jika keluar ke mana-mana acara atau majlis, hampir semua wanita menggayakan pelbagai jenis beg tangan berjenama.

Bahkan ia tidak dapat dipisahkan dengan golongan ini. Namun ada saja individu yang ingin mengambil kesempatan dengan menjual pelbagai beg tangan palsu berjenama.

Beg tangan tiruan ini sememangnya secara kasarnya mempunyai persamaan dengan beg tangan yang asli.

Disebabkan itu, ada juga yang menggunakan taktik harga yang murah untuk memperdayakan mereka di luar sana bahawa beg yang dibeli tersebut adalah beg asli tetapi sebenarnya tidak.

Tahukah anda sebenarnya beg tangan berjenama mempunyai identiti tersendiri meskipun terlihat sama dengan beg palsu?

Nak tahu macam mana cara semak beg tangan yang dibeli adalah “ori” ataupun palsu, jom ikuti perkongsian Mirzan di akaun TikToknya @mirzanjohor.

Senang Je Cara Semak Beg Tangan”Ori” Dan “Fake”

Menurut Mirzan, salah satu cara untuk melihat sama ada beg tangan itu adalah yang betul ataupun palsu melalui Kod Tarikh atau DateCode.

Gambar: TikTok @mirzanjohor

BACA: Perkhidmatan Penghantaran Guna Dron Di Malaysia Bakal Jadi Kenyataan?

Kod tarikh ini terdiri daripada dua abjad di depan dan empat digit di belakang. Dua abjad di hadapan merujuk kepada negara asal pembuatan ataupun di mana kilang pembuatannya.

Manakala empat huruf di belakang pula adalah gabungan minggu dan tahun.

Dah Beli Beg Mahal-Mahal Tapi DateCode Takde?

Katanya, sekiranya beg yang dibeli tidak mempunyai datecode ini, ia berkemungkinan menggunakan mikro cip termasuk salah satu jenama beg terkenal, Louis Vuitton atau lebih dikenali sebagai LV.

Pada April 2021, jenama LV telah memperkenalkan sistem terbaharu itu sepenuhnya ke atas semua beg tangannya.

Jadi Macam Mana Nak Semak Datecode Beg?

semak beg tangan
Gambar: TikTok @mirzanjohor

Caranya mudah sahaja, apa yang perlu anda lakukan adalah muat turun aplikasi NFC Tools.

Kemudian, masuk ke dalam aplikasi dan tekan pada “Read” kemudian imbas pada sekeliling beg tangan anda.

Sekiranya beg tangan tersebut adalah original, ia akan memaparkan butiran mengenai beg tangan tersebut. Jika tiada, ia bermakna beg tersebut berkemungkinan adalah palsu.

semak beg tangan
Gambar: TikTok @mirzanjohor

Semoga bermanfaat.

@mirzanjohor

kalau original, senang je nak check. yang susah tu kalau fake 🤣 #fyp #review #education #educationalpurposes

♬ พี่ชอบหนูที่สุดเลย (I Like You The Most) Feat.VARINZ – Speed Up Version – PONCHET

Sumber: TikTok @mirzanjohor

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?