Siakap Keli
simpan santan segar
Gambar: Nur Aida Md Zainuddin

Boleh Guna Berbulan-bulan, Wanita Kongsi Tip Simpan Santan Segar

Boleh Guna Berbulan-bulan, Wanita Kongsi Tip Simpan Santan Segar

Santan merupakan salah satu bahan yang sering digunakan dalam masakan. Bahkan, santan juga digunakan secara meluas dalam hidangan utama dan menu-menu sampingan.

Disebabkan itu, santan dikatakan ibarat pelengkap dalam setiap masakan lebih-lebih lagi ia menambahkan lagi rasa lemak manis.

Kebiasaannya, santan dijual dalam dua versi iaitu, santan segar dan santan kotak.

Santan segar sering menjadi pilihan lebih-lebih lagi bagi penduduk kampung kerana boleh didapati secara terus daripada pokok kelapa. Manakala, santan kotak pula yang telah siap diproses.

Ramai memilih untuk menyimpan cecair ini di dalam peti sejuk kerana mampu bertahan dengan lebih lama.

Persoalannya, bagaimana kalau nak menggunakan semula santan untuk memasak kerana ia masih beku malah berketul-ketul selepas disimpan?

Sehubungan itu, mari kita ikuti perkongsian Nur Aida Md Zainuddin kumpulan via Facebook kumpulan Masak Apa Hari Ni (MAHN) tentang cara menyimpan santan agar tidak beku di bawah.

Tip Simpan Santan Agar Tidak Beku Dan Senang Guna

Gambar: Nur Aida Md Zainuddin

Ramai ada masalahkan bila nak guna santan, kita beli awal-awal buat stok dalam peti lepas tu keras. Kena cairkan dulu.

Nak bagi tips macam mana simpan santan agar santan tu masih cair dan chill je dan tak beku. 

BACA: Lampu Minyak Dah Mula Berkelip, Guna Cara Ni Kira Baki Petrol Dalam Tangki

Cara; 

simpan santan tak beku
Gambar: Nur Aida Md Zainuddin

Pertama, basahkan surat khabar. Balut santan dengan kertas surat khabar basah beberapa lapisan. Lagi banyak lagi bagus. 

Kedua, simpan dalam peti ais macam biasa. Aida simpan dalam deep freezer.

Ketiga, bila nak guna nanti buka balutan surat khabar tu akan perasan yang mengeras cuma kertas surat khabar. Santan dalam tu tak keras. 

Gambar: Nur Aida Md Zainuddin

Keempat, boleh gunakan santan terus untuk memasak!

simpan santan tak beku
Gambar: Nur Aida Md Zainuddin

Selamat Mencuba. 

Sumber: Nur Aida Md Zainuddin via Masak Apa Hari Ni (MAHN)

BACA JUGA: Ratusan Nyawa Penyokong Terkorban, Ini 7 Tragedi Terburuk Pernah Berlaku Dalam Sejarah Bola Sepak Dunia

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?