Siakap Keli
sambut menantu sabri angeline
Kredit: Facebook/Marc Pixels

Bekwoh Sambut Menantu Sabri & Angeline Meriah, Hidupkan Suasana 70-an

Bekwoh Sambut Menantu Sabri & Angeline Meriah, Hidupkan Suasana 70-an

Pelakon dan pengarah terkemuka negara, Sabri Yunus dan Angeline Tan telah melangsungkan majlis menyambut menantu baru-baru ini.

Detik-detik majlis berkenaan telah dikongsikan menerusi hantaran Facebook milik jurugambar pada majlis tersebut iaitu Marc Fadli pada Selasa.

Jurugambar berkenaan telah megambil foto-foto yang menunjukkan kemeriahan majlis yang dijalankan di Akademi Nik Rashiddin, Bachok, Kelantan.

Difahamkan, majlis berkenaan telah mengambil inspirasi majlis bekwoh (kenduri dalam loghat Kelantan) pada era 70-an.

Perkara ini dapat dilihat dengan pemilihan lokasi serta tema hiasan dalaman yang ditampilkan sepanjang majlis dijalankan.

Menurut Pertubuhan Fotografi Kelantan (KelFoto), majlis ini telah dihadiri ramai pihak yang meraikan kedua-dua pasangan mempelai.

Antara yang hadir memeriahkan majlis adalah Menteri Besar Kelantan, Dato’ Haji Nassuruddin Haji Daud.

Menerusi kiriman-kiriman foto berkenaan, ‘CEO Megah Holdings’ kesayangan ramai, Mustapha Kamal turut dilihat hadir memeriahkan majlis.

majlis menyambut menantu sabri yunus angeline tan
Kredit: Facebook/Marc Pixels

Dalam foto-foto yang ditampilkan, tetamu yang datang ke dalam majlis telah mengenakan pakaian tradisional seperti baju kurung, baju kebaya dan sebagainya.

Tidak cukup dengan itu, mereka juga telah mengenakan sehelai kain batik sama ada diletakkan pada bahagian kepala atau dijadikan sebagai kain selempang.

Tetamu lelaki yang hadir turut berpakaian seperti masyarakat Melayu di desa pada era 70-an, menghidupkan tema majlis ini.

Bagi pasangan pengantin pula, ‘Wan Ismail Golok’ segak mengenakan pakaian berwarna merah bersama seluar panjang berwarna hitam.

Kredit: Facebook/Marc Pixels

Manakala, Angeline Tan yang turut dikenali dengan nama Ardini kelihatan anggun mengenakan baju kurung tradisional berwarna merah dihiasi selendang bersulam pada bahagian kepalanya.

Kredit: Facebook/Marc Pixels

Selain itu, terdapat beberapa tradisi lama yang dihidupkan semula dalam majlis ini dan menjadikan majlis ini lain daripada yang lain.

Antaranya, perlawanan silat antara dua orang lelaki di khalayak ramai. Bukan itu sahaja, pengunjung yang hadir turut berpeluang untuk bermain beberapa permainan tradisional seperti congkak dan wau.

Pemilihan lauk-pauk yang sinonim dengan masakan kampung telah menyuntik perasaan nostalgia dalam kalangan pengunjung yang hadir.

Kredit: Facebook/Marc Pixels

Sabri Yunus & Angeline Tan sah bernikah pada tahun lepas

Sebelum ini, Sabri Yunus (63) dilaporkan selamat bernikah dengan Angeline Tan (57) pada 14 Oktober 2023.

Kedua-dua mereka difahamkan telah dinikahkan oleh Mufti negeri Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau turut dikenali sebagai Dr Maza dan disiarkan secara langsung di laman Facebook.

Dalam majlis ringkas itu, Sabri telah menyerahkan mas kahwin berupa seutas rantai emas kepada pengantin perempuannya. Kedua-duanya tampil menggayakan persalinan sedondon rona putih ringkas ketika upacara akad nikah dijalankan.

Sumber: Marc Fadli, KelFoto 

BACA: Boleh Dapat Harga “Special”, Cikgu Sekolah Wajib Tebus Pakej Ni Sebelum Pergi Bercuti

BACA: Bolehkah Bakteria Dalam Badan Pengaruhi Mood Seseorang? Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma