Siakap Keli
Bertengkar Sebelum Terbakar
Kredit: Sinar Harian

Bertengkar Sebelum Terbakar, Sepasang Kekasih Ditemukan Melecur Teruk

Bertengkar Sebelum Terbakar, Sepasang Kekasih Ditemukan Melecur Teruk

Sepasang kekasih ditemukan melecur teruk dalam kebakaran melibatkan kereta dan motosikal di di Taman Utama, Bercham, Ipoh, hari ini.

Susulan itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka kertas siasatan atas cubaan membunuh berhubung insiden tersebut.

Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan, kes disiasat dibawah Seksyen 307 Kanun Kesesaksaan.

Katanya lagi, sebelum itu berlaku pertengkaran melibatkan lelaki berusia 67 tahun dan wanita 54 tahun itu.

“Sebelum kejadian, seorang saksi mendengar pertengkaran antara kedua-dua mangsa.

“Apabila dia keluar dari rumah didapati kebakaran kereta dan motosikal berlaku dan kedua-dua mangsa sudah terbakar,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Tambahnya lagi, kedua-dua mangsa sedang berada di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dalam keadaan tidak sedarkan diri di zon merah.

“Siasatan sedang dijalankan dan keterangan saksi-saksi terlibat akan dirakam percakapan.

“Selepas siasatan lengkap, kertas siasatan akan dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan selanjutnya,” ujarnya.

Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah IPD Ipoh, Asisten Superintenden Fadli Ahmad di talian 019-2500019 bagi membantu siasatan.

Terdahulu, media melaporkan kebakaran melibatkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) serta motosikal mengakibatkan dua individu melecur teruk.

Pasukan bomba berjaya memadam kebakaran yang melibatkan kenderaan jenis Perodua Alza dan motosikal jenis Honda C70 pada jam 10.18 pagi.

Manakala kedua-dua mangsa dijumpai terbaring di tepi kereta dipercayai telah dibawa keluar oleh orang awam.

BACA: Lelaki Ditahan, Bunuh Ibu Guna Tukul Besi & “Safety Boot”

Sumber: Sinar Harian

Athirah

When nothing goes right, go left.