Siakap Keli
Jepun Mula Fasa Keempat
Kredit: Bernama

Jepun Mula Fasa Keempat Lepas Air Terawat Dari Loji Nuklear Fukushima

Jepun Mula Fasa Keempat Lepas Air Terawat Dari Loji Nuklear Fukushima

TOKYO, 28 Feb (Bernama-Sputnik) — Jepun pada Rabu mula melaksanakan fasa keempat pelepasan air radioaktif terawat dari loji kuasa nuklear (NPP) Fukushima yang dijadualkan berlangsung sehingga 16 Mac, menurut data Tokyo Electric Power Company (TEPCO).

Pengendali loji itu merancang untuk melepaskan sebanyak 7,800 tan air ke Lautan Pasifik, lapor Sputnik.

Tiga pusingan pelepasan air terawat sebelum ini dari NPP Fukushima telah dijalankan pada Ogos, Oktober dan November 2023.

Jepun mula melepaskan sebahagian daripada anggaran 1.34 juta tan air terawat dari NPP Fukushima ke laut pada Ogos 2023 walaupun terdapat bantahan daripada negara jiran dan nelayan tempatan.

Secara keseluruhan, lebih 31,000 tan air radioaktif terawat akan dilepaskan pada tahun fiskal 2023 yang berakhir pada 31 Mac.

Keseluruhan proses dijangka mengambil masa sekurang-kurangnya 30 tahun.

BACA: Ibu Mengaku Salah Beri Anak Minum Susu Bercampur Dadah Methamphetamine

Sumber: Bernama

Athirah

When nothing goes right, go left.