Siakap Keli
Kebakaran hutan di texas
Kredit: Texas A&M Forest Service

Kebakaran Hutan Di Texas Semakin Merebak, Paksa Penduduk Selamatkan Diri

Kebakaran Hutan Di Texas Semakin Merebak, Paksa Penduduk Selamatkan Diri

Kebakaran hutan dahsyat telah menyebabkan pengisytiharan bencana dan arahan berpindah dikeluarkan di beberapa kawasan terlibat di Texas Panhandle.

Gabenor Texas, Greg Abbott telah mengumumkan pengisytiharan bencana bagi 60 kawasan pada Selasa. Ia susulan keadaan api kebakaran yang semakin marak di Texas.

Pengisytiharan ini memastikan pihak bomba dapat bergerak ke kawasan yang terkesan di Texas Panhandle secepat mungkin.

Berdasarkan laporan Texas Tribue, pihak berkuasa telah mengarahkan hampir 5,000 penduduk di Panhandle berpindah dari kediaman masing-masing.

Texas A&M Forest Service berkata, kira-kira 13 kejadian kebakaran hutan yang berlaku pada Isnin.

“Beberapa kawasan kebakaran hutan telah disebabkan persekitaran yang hangat, kering dan berangin di seluruh Texas Panhandle.

“Hari ini, angin kuat akan memberikan kesan terhadap kebakaran hutan dan berpotensi untuk mencetuskan kebakaran di tempat baru,” kata agensi tersebut di media sosialnya pada Selasa.

Menurut Jabatan Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan, kejadian kebakaran ini telah melanda kawasan tengah dan timur Panhandles pada Selasa.

Insiden kebakaran berkenaan dipercayai bermula di Smokehouse Creek fire yang terletak berdekatan Stinnett, kira-kira 96.56 kilometer dari timur laut Amarillo.

Kebakaran tersebut telah merebak sehingga melibatkan kawasan yang berkeluasan lebih dari 250,000 ekar pada petang Selasa.

Menurut USA Today, api daripada kebakaran yang berlaku di kawasan tersebut telah didorong dengan kehadiran rumput-rumput panjang di sana.

Pada Isnin lepas, Jabatan Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan AS di Amarillo telah memberi amaran bahawa rumput akan menjadi lebih kering, susulan cuaca yang lebih panas.

Selain rumput kering, kebakaran ekstrem ini turut dikaitkan dengan kadar kekuatan tiupan angin yang dilaporkan mencecah sehingga melebihi 96.56 kilometer per jam.

Pada masa yang sama, tular beberapa foto dan video yang menunjukkan keadaan bandar yang terjejas akibat kebakaran hutan di sana.

Foto-foto yang tular itu juga memperlihatkan keadaan bandar-bandar yang diselaputi asap dan warna langit bertukar kepada warna perang.

BACA: Buat Sendiri Kat Rumah, Ini Resipi Donat Gebu Gebas Perlu Dicuba

Sumber: USA Today, ABC News 

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma