Siakap Keli
Perkhidmatan Yang Terlibat Dengan
Kredit: Bernama

Ini Senarai Penuh Perkhidmatan Yang Terlibat Dengan Kenaikan Cukai SST Bermula 1 Mac

Ini Senarai Penuh Perkhidmatan Yang Terlibat Dengan Kenaikan Cukai SST Bermula 1 Mac

Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) telah dikuatkuasakan sejak 1 September 2018 di bawah Akta Cukai Perkhidmatan 2018 bagi menggantikan Cukai Barang dan Perkhidmatan atau Goods and Services Tax (GST).

Semasa pembentangan Belanjawan 2024, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan mengumumkan kadar SST dinaikkan daripada 6 peratus kepada 8 peratus.

Menurut laporan media, kadar baharu SST akan mula berkuat kuasa pada 1 Mac 2024.

Jadi, SK kali ini ingin berkongsi dengan anda senarai perkhidmatan yang bakal terlibat dengan kenaikan cukai SST.

Menurut Kementerian Kewangan, Cukai Perkhidmatan dikenakan ke atas perkhidmatan bercukai yang disenarai berdasarkan kepada sembilan kumpulan dalam Jadual Pertama, Peraturan- peraturan Cukai Perkhidmatan 2018 dengan kadar semasa bermula 1 September 2018.

Bagaimanapun, bermula esok, beberapa perkhidmatan di atas akan mengalami kenaikan Cukai Perkhidmatan kepada 8 peratus.

Berikut adalah senarai-senarai perkhidmatan dengan kadar baharu Cukai Perkhidmatan.

BACA: Boleh Dapat Harga “Special”, Cikgu Sekolah Wajib Tebus Pakej Ni Sebelum Pergi Bercuti

Dalam senarai di atas juga, ada beberapa perkhidmatan baharu yang ditambah dan dikenakan cukai perkhidmatan bermula esok.

Perkhidmatan-perkhidmatan tersebut adalah:

  • Perkhidmatan pusat karaoke di bawah Kumpulan C.
  • Perkhidmatan pembrokeran dan penajajaminan untuk perkhidmatan selain kewangan seperti broker kapal/kapal terbang, komoditi dan harta tanah di bawah Kumpulan I.
  • Perkhidmatan logistik di bawah Kumpulan J.
  • Perkhidmatan penyenggaraan atau pembaikan di bawah Kumpulan G.

Bagaimanapun menurut Kementerian Kewangan, ada beberapa perkhidmatan di dalam senarai di atas TIDAK terlibat dengan kenaikkan Cukai Perkhidmatan dan kekal dengan kadar 6 peratus.

Perkhidmatan-perkhidmatan tersebut adalah:

  • Perkhidmatan penyediaan makanan atau minuman di bawah Kumpulan B.
  • Perkhidmatan telekomunikasi dan perkhidmatan penyediaan ruang parkir kenderaan di bawah Kumpulan I.
  • Perkhidmatan logistik di bawah Kumpulan J.

Menurut Kementerian Kewangan, langkah reformasi percukaian perlu dilaksanakan bagi meluaskan asas hasil negara yang akan dapat meningkatkan mutu perkhidmatan dan bantuan kepada rakyat.

Kementerian Kewangan juga menegaskan bahawa perubahan kadar Cukai Perkhidmatan kepada 8 peratus tidak melibatkan perkhidmatan yang menjadi keperluan asas serta menjadi sebahagian daripada gaya hidup rakyat di negara ini.

Antaranya adalah perkhidmatan yang banyak digunakan oleh rakyat seperti makanan dan minuman, telekomunikasi dan parkir kenderaan kekal dikenakan cukai perkhidmatan pada kadar 6 peratus.

Perkhidmatan baharu yang dikenakan Cukai Perkhidmatan iaitu logistik juga hanya dikenakan pada kadar 6 peratus.

BACA: KWSP Dijangka Umum Inisiatif Akaun 3 Pada April Ini – Amir Hamzah

Sumber: Portal Rasmi Menteri Kewangan

BACA: Bolehkah Bakteria Dalam Badan Pengaruhi Mood Seseorang? Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Athirah

When nothing goes right, go left.