Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Pengiktirafan buat pemain dan pasukan kembali mewarnai arena bola sepak tempatan, sekali gus menyuntik semangat baharu menjelang musim Liga Malaysia (Liga-M) yang akan membuka tirai tidak lama lagi.
Semalam, berlangsungnya Liga Malaysia (Liga M) Awards yang tampil dengan penjenamaan baharu selepas sebelum ini dikenali sebagai Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK).
Acara berprestij itu menjadi platform untuk mengiktiraf pencapaian pemain, penyokong, jurulatih dan pasukan yang mencorakkan saingan Liga-M, selain menyemarakkan lagi persiapan menjelang musim baharu.
Pemain Paling Bernilai (MVP) – Afiq Fazail (JDT)
Selepas empat musim berturut-turut didominasi Arif Aiman Hanapi sejak 2021, trofi itu akhirnya bertukar tangan apabila bintang tengah Johor Darul Ta'zim (JDT) dinobatkan sebagai penerima baharu, susulan sumbangan konsistennya sebagai watak penting dalam setiap perlawanan.

Jurulatih Terbaik – Xisco Munoz (JDT)
Penjaga Gol Terbaik – Syihan Hazmi Mohamed (JDT)
Pertahanan Terbaik – Quentin Cheng (Selangor)
Pemain Tengah Terbaik – Afiq Fazail (JDT)
Penyerang Terbaik – Faisal Halim (Selangor)
Pemain Import Terbaik – Bergson da Silva (JDT)
Pemain Muda Terbaik – Haziq Kutty Abba (Penang)
Gol Terbaik Liga Malaysia 2025/26 – Ramadhan Saifullah Usman (Kuching City)
Penjaring Terbanyak Tempatan Liga Super – Safawi Rasid (KL City)
Penjaring Terbanyak Liga Super – Bergson da Silva (JDT)
Pasukan Terbaik – Johor Darul Ta'zim (JDT)
Anugerah Fair Play – Melaka FC
Penyokong Terbaik – Boys of Straits (JDT)
Fan XI – Haziq Nadzli (Kuching City), James Okwuosa (Kuching City), Eddy Israfilov (JDT), Rodney Celvin Akwensivie (Kuching City), Petrus Shitembi (Kuching City), Danial Amier Norhisham (Kuching City), Afiq Fazail (JDT), Oscar Arribas (JDT), Arif Aiman Hanapi (JDT), Bergson da Silva (JDT) dan Ramadhan Saifullah Usman (Kuching City).

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan