Siakap Keli
Jika Tiada Tahun Lompat
Kredit: AFP

Tak Sangka, Ini Yang Akan Berlaku Kalau Tiada Tahun Lompat

Tak Sangka, Ini Yang Akan Berlaku Kalau Tiada Tahun Lompat

Seperti yang kita ketahui, kalendar biasanya terkandung 365 hari dalam setahun, kecuali pada tahun lompat.

Berlaku sekali setiap empat tahun, jumlah hari pada tahun lompat akan bertambah selama satu hari, menjadi 366 hari setahun.

Hari tambahan tersebut pula terkandung dalam bulan kedua, atau lebih tepat pada 29 Februari, seperti yang kita tempuhi semalam.

Namun begitu, pernah tak anda terfikir, apakah yang berlaku sekiranya kita tiada tahun lompat? Apa yang akan terjadi dengan kalendar kita selepas ini?

Jadi kali ini, SK hendak berkongsi dengan anda semua situasi yang boleh terjadi sekiranya kita tidak mempunyai satu hari tambahan dalam kalendar setiap empat tahun.

Apa akan terjadi sekiranya tiada tahun lompat?

Sebelum kita mengulas lanjut apa yang berlaku, perlu kita fahami beberapa perkara. Pertama, setahun selama 365 hari juga membawa maksud tempoh yang diambil Bumi untuk melengkapkan orbit mengelilingi Matahari.

Kedua, 365 adalah nombor bundar yang menimbulkan masalah. Kenapa pula?

Jawapannya kerana masa sebenar yang diperlukan Bumi untuk melengkapkan orbit mengelilingi Matahari adalah  365.242190 hari atau 365 hari 5 jam 48 minit dan 56 saat.

Menurut NBC Chicago, baki masa (5 jam 48 minit dan 56 saat) yang dikenali sebagai sidereal itu perlu diambil kira, atau pengiraan musim-musim yang berlaku seperti yang kita fahami hari ini akan terganggu.

Musim-musim yang bermula pada bulan-bulan tertentu, misalnya musim panas yang bermula sekitar Jun (hemisfera utara) akan bermula pada Disember selepas beberapa ratus tahun.

Situasi itu sudah tentu akan mendatangkan masalah dalam beberapa perkara, antaranya sambutan perayaan yang jatuh pada tarikh tetap dan musim tersendiri setiap tahun.

Sambut Krismas bukan pada musim sejuk

Misalnya perayaan Krismas yang disambut pada 25 Disember dan musim sejuk setiap tahun, akan disambut pada musim panas tanpa salji.

Jadi, tahun lompat sebenarnya sangat penting dan dapat memastikan kitaran tahunan berlaku sama seperti kitaran musim setiap masa.

Sekiranya kita ‘mengabaikan’ lebihan masa yang berlaku setiap tahun, kita akan melihat perubahan musim yang berlaku pada bulan tidak sepatutnya.

BACA: “Kalau Airbag Keluar…”, Bomba Dedah Bahaya Pulas Stereng Macam Tebar ‘Roti Canai’

Sumber: NBC Chicago

Athirah

When nothing goes right, go left.