Siakap Keli
Gambar: Tan Boon Heong

Beregu Legenda, Kien Keat-Boon Heong Buat “Comeback”, Tengah Cari Lawan

Beregu Legenda, Kien Keat-Boon Heong Buat “Comeback”, Tengah Cari Lawan

Badminton merupakan sukan yang sangat popular di Malaysia dan boleh dianggap sukan nombor dua negara ini, di belakang bola sepak.

Komuniti sukan ini sangat besar dan gelanggang badminton boleh ditemui di mana-mana sahaja di negara ini.

Setiap malam, gelanggang-gelanggang badminton yang ada akan penuh dengan mereka yang mahu beriadah selepas pulang daripada kerja.

Dalam arena kompetitif pula, banyak nama-nama besar sukan badiminton yang mengharumkan negara selama ini. Secara umumnya, Malaysia adalah antara kuasa utama dunia dalam acara perseorangan lelaki, beregu lekaki dan beregu campuran.

Salah satu pasangan beregu lelaki terbaik yang pernah dilahirkan negara ini tentunya gandingan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong.

Suatu ketika dahulu, kehadiran mereka di atas gelanggang sangat dinanti-nantikan oleh peminat dan pada masa yang sama, digeruni lawan mereka.

Kelincahan di depan jaring, teknik dan trik memukau serta pukulan pantas lagi deras kedua-duanya memberi mimpi ngeri kepada sesiapa sahaja.

Bagaimanapun, perjalanan kedua-dua pasangan ini berakhir pada 2016 apabila Kien Keat mengambil keputusan untuk bersara pada 2016.

Namun semalam, Boon Heong yang aktif di media sosial berkongsi perkembangan dengan peminat selama ini telah memaklumkan satu berita gembira buat semua.

Kata Boon Heong, selepas betahun-tahun menyuarakan hasratnya, Kien Kiet akhirnya bersetuju untuk kembali ke gelanggang bergandingan dengan beliau sekali lagi.

Namun begitu, gandingan semula itu berkemungkinan bukanlah untuk menyertai mana-mana pertandingan kompetitif atau profesional.

Bagaimanapun menurut Boon Heong, setakat ini mereka masih belum menemui lawan yang bakal dihadapi.

“Ada sesiapa yang berminat untuk berlawan dengan kami berdua? Kalau tak ada maka kami akan bukan kepada para peminat kami.

“Kalau ada peminat yang nak uji kekuatan, boleh daftar dahulu. Kemudian kami akan pilih secara rawak dan kita lihat siapa yang bertuah,” katanya.

Kata Boon Heong, perlawanan itu dijadualkan akan berlangsung pada 24 Mac ini, namun masa dan venuenya masih belum ditentukan lagi.

Ujarnya lagi, tiada tiket akan dikenakan dan para peminat boleh hadir menonton perlawanan berkenaan secara percuma kelak.

Sumber: Tan Boon Heong

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.