Siakap Keli
tip pasang tinted
Kredit: James_Alatin via TikTok

9 Tip Wajib Tahu Sebelum Pasang Tinted, Yang Nombor 6 Selalu Terlepas Pandang

9 Tip Wajib Tahu Sebelum Pasang Tinted, Yang Nombor 6 Selalu Terlepas Pandang

Kereta merupakan kenderaan peribadi yang dimiliki, sekurang-kurangnya sebuah bagi setiap isi rumah di Malaysia. Apabila kereta keluar kedai, antara perkara pertama kita buat tentulah hendak memasang tinted, kan?

Selain untuk tujuan keselamatan, tinted yang dipasang akan melindungi pengguna daripada sinaran cahaya mata hari. Barulah selesa hendak memandu dalam cuaca panas di Malaysia ini.

Ada banyak jenis tinted ditawarkan dalam pasaran. Walaupun semua tinted nampak sama pada mata kasar, namun kualitinya boleh berbeza-beza.

Tip pasang tinted wajib tahu sebelum buat keputusan nak pasang yang mana

Tinted yang dijual pada harga yang murah biasanya berisiko untuk menggelembung dan pudar dengan lebih cepat. Manakala tinted yang dijual pada harga lebih mahal, biasanya menawarkan kualiti, jangka hayat, perlindungan UV yang lebih baik.

Apa pun, ini sembilan tip yang perlu anda ambil tahu sebelum mengambil keputusan memasang tinted pada cermin kenderaan.

Sembila tip berguna berkenaan dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok,@James_Alatin.

Ketelusan cahaya atau Visible Light Transmission (VLT)

Menurut @James_Alatin, ketelusan cahaya atau Visible Light Transmission (VLT) yang ditawarkan tinted perlu mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan.

Jika tidak, bersiap sedialah untuk disaman sekiranya anda melalui sekatan jalan yang dilakukan oleh pihak berkuasa.

Kenal pasti gred & kualiti tinted

Selain itu, anda juga perlu mengenal pasti gred dan kualiti filem tinted, berdasarkan bajet anda. Dalam pasaran, harga tinted yang dijual dianggarkan bermula daripada ratusan dan boleh mencecah ribuan ringgit.

Apa yang boleh kita semua fahami, semakin tinggi harganya, semakin berkualiti tinted berkenaan.

Ciri-ciri asas perlindungan yang ditawarkan

Kemudian, anda perlu mengenal pasti ciri-ciri asas perlindungan yang ditawarkan seperti perlindungan ultraviolet, inframerah dan Total Solar Energy Rejection (TSER).

TSER secara ringkasnya merujuk kepada jumlah haba yang dapat dihalang oleh tinted cermin kereta.

Semakin tinggi nilai TSER, semakin banyak jumlah haba dapat dihalang daripada memasuki ruang kabin.

Pilih jenama yang dipercayai

Tip seterusnya, anda perlu memilih jenama yang dipercayai. Jika anda kurang ilmu tentang pemiliham tinted, anda boleh bertanya kepada pakar.

Tinted yang kekal nyaman

Selain itu, anda juga perlu memastikan tinted yang dipilih mampu mengekalkan kenyamanan dalam kenderaan supaya dapat mengurangkan kos penggunaan bahan api.

Ada ciri-ciri keselamatan yang bagus

Tambah @James_Alatin, tinted yang dipilih perlu mempunyai ciri-ciri perlindungan keselamatan yang bagus.

Misalnya, tinted yang hendak dipasang perlu ada ciri-ciri shatterproof. Sekiranya cermin kenderaan pecah, serpihan cermin tidak akan berterbangan dan mengenai penumpang.

Malah, ada boleh memilih jenis security proof yang menawarkan perlindungan keselamatan yang lebih baik.

Ada jaminan daripada pihak pengeluar

Seterusnya, tinted kereta bergred tinggi biasanya didatangkan dengan jaminan perlindungan daripada pihak pengeluar. Ini bermaksud, anda boleh membuat tuntutan sekiranya tinted yang anda gunakan rosak dalam tempoh jaminan yang ditetapkan.

Anda juga disarankan untuk membandingkan tempoh dan jenis perlindungan jaminan yang ditawarkan setiap jenama tinted terlebih dahulu.

Biasanya, tinted yang berkualiti tinggi menawarkan jaminan antara 5 hingga 7 tahun.

Kenal pasti jenis tinted yang dipilih

Selain itu, anda juga perlu mengenal pasti jenis tinted kereta yang anda pilih. Sekiranya anda memilih jenis metalised, sebenarnya ia boleh menggangu sistem GPS, RFID dan SmartTAG.

Keupayaan menangkis haba tidak bergantung pada tahap gelap tinted

Akhir sekali, sebagai pengguna anda perlu tahu bahawa keupayaan tinted untuk menangkis haba tidak bergantung kepada tahap kegelapan tinted berkenaan.

Sebaliknya, anda perlu merujuk kepada Infrared Rejection (IRR) yang ditawarkan tinted berkenaan. Semakin tinggi nilai IRR, maka semakin baik keupayaan tinted berkenaan menangkis haba.

Jadi, sebelum membeli atau memasang tinted, anda disarankan untuk memeriksa sembilan perkara ini terlebih dahulu.

@james_alatin

9 Tips Yang Anda Wajib Tau Sebelum Tinted! #alatin #james_alatin #kereta #car #carmalaysia #education #cermin #cermingelap #tinted #tintedwindows #tiktokguru #sebelumtinted #tips #tipskereta

♬ original sound – James_Alatin – James_Alatin

Semoga bermanfaat.

BACA: Ramai Salah Buat, Ini Cara Tepat Masuk Gear P Masa “Parking” Kereta Auto

Sumber: James_Alatin via TikTok

Athirah

When nothing goes right, go left.