Siakap Keli
Pesilat sukma meninggal dunia
Gambar: Sinar Harian

Pesilat SUKMA Terengganu Meninggal Dunia Terkena Tendangan Lawan

Pesilat SUKMA Terengganu Meninggal Dunia Terkena Tendangan Lawan

SEREMBAN  — Wan Muhammad Haikal Wan Hussin, 21, yang merupakan atlet silat Sukan Malaysia (SUKMA) maut selepas tidak sedarkan diri ketika menyertai pertandingan di Dewan Komuniti Taman Coral Height dekat sini pada petang semalam, lapor Sinar Harian.

Difahamkan, Wan Muhammad Haikal telah rebah selepas terkena tendangan oleh pihak lawan dan dikejarkan ke hospital bagi menerima rawatan.

Bagaimanapun, Allahyarham disahkan meninggal dunia pada jam 1.20 pagi sewaktu menerima rawatan di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ).

Menurut kakak sulung kepada Allahyarham, Wan Nor Haslinda, pihak keluarga menerima perkhabaran itu sekitar jam 5.30 petang.

“Jurulatih telah hubungi ayah maklumkan yang arwah terpaksa dikejarkan ke hospital kerana tidak sedarkan diri selepas terkena tendangan pihak lawan.

“Tapi saya tak tahu lebih lanjut bagaimana kejadian itu berlaku dan lebih kurang jam 2.30 pagi kami diberitahu yang dia telah meninggal dunia. Waktu tepatnya saya tak pasti,” ujarnya sewaktu dihubungi hari ini.

Tambah Wan Nor Haslinda, sejak Jumaat lagi, Allahyarham yang juga anak keempat daripada lima adik-beradik itu telah berada di Seremban untuk pra kejohanan itu.

Mengulas lebih lanjut, laporan post mortem jenazah Allahyarham kini sedang dinantikan oleh ibu bapa serta adiknya yang kini berada di HTJ.

BACA: KWSP Umum Dividen 5.50 Peratus Bagi Tahun 2023

Dalam pada itu, jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Seremban berkata mangsa sudah diberikan rawatan resusitasi kardiopulmonari (CPR) dan sudah tidak sedarkan diri selama 20 minit di lokasi kejadian.

“Sebaik kami tiba, pasukan mengambil alih pesakit dan serta merta terus mengaktifkan AED serta alat bantuan pernafasan BVM dan oksigen kepada pesakit itu.

“Selepas memberi satu renjatan melalui AED pesakit terus di bawa ke HTJ untuk rawatan susulan dan pada masa sama CPR masih lagi diteruskan sehingga tiba di hospital.

“Bagaimanapun, kami dimaklumkan pesakit meninggal dunia ketika menerima rawatan di HTJ awal pagi tadi,” jelasnya.

Sumber: Sinar Harian 

BACA JUGA: Kos Tak Sampai RM600, Lelaki Kongsi Cara Naik Kereta Api Pergi China Dari Perlis

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.