Pesilat negara, Khairi Adib Azhar berjaya sumbang pingat emas buat Malaysia dalam acara final Pencak Silat Lelaki kategori Putra B (50-55kg) di Sukan SEA Hanoi sebentar tadi.
Perlawanan berlangsung agak sengit dengan kedua-dua pesilat mempamerkan aksi cemerlang.
Turut berlaku detik dramatik pada saat-saat akhir apabila mata yang dikumpul oleh pesilat dari Indonesia dipotong sebanyak 10 mata kerana pengadil perlawanan memberikan amaran kedua kepadanya.
Insiden Adib ditendang oleh pesilat Indonesia 4 saat sebelum perlawanan tamat yang menyaksikan lawan dipotong 10 mata. Memang rezeki Adib!@ASTROARENA pic.twitter.com/eaXLASpCVH
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) May 16, 2022
Peluang tersebut dimanfaatkan secukupnya pesilat negara dengan bertahan sehingga perlawanan ditamatkan.
Dengan kelebihan satu mata, Khairi berjaya menewaskan lawan dari Indonesia itu dengan mata 49-50.
Teruskan legasi bapa
Pencapaian pesilat negara berusia 20 tahun itu sekali gus meneruskan legasi bapanya Azhar Ahmad yang pernah memenangi pingat emas ketika Malaysia menjadi tuan rumah Sukan SEA 2001.
Memetik laporan Bernama, Khairi meluahkan rasa syukur kerana misinya untuk meraih pingat emas di Hanoi berjaya. Sebelum ini, dia hanya memenangi pingat gangsa pada edisi 2019 di Manila setelah tumpas kepada lawan yang sama di peringkat separuh akhir.
Ditanya sama ada kemenangannya disebabkan nasib kerana lawannya dikenakan penalti 10 mata, Khairi Adib berkata perkara itu tidak timbul.
Hal ini kerana beliau sememangnya memberi tentangan sejak permulaan sehingga tamat pertarungan.
“Ketika ketinggalan (dengan hanya empat saat berbaki), saya cuba tenangkan fikiran dan berserah kepada Allah SWT,
“Dan alhamdulilah saya berjaya memenangi pingat emas,” katanya yang turut berterima kasih kepada jurulatih Mazlan Shaari dan pesilat senior yang sentiasa memberi tunjuk ajar.
Sementara itu, aksi dua pesilat wanita negara di pentas final serba tidak menjadi dan terpaksa berpuas hati dengan pingat perak.
Srikandi silat negara, Siti Rahmah Mohamed Nasir yang juga juara dunia empat kali dan diletakkan harapan meraih pingat emas di Hanoi tumpas 32-39 di tangan peserta tuan rumah Quang Thi Thu Nghia dalam kelas F Wanita (70-75kg).
Sementara, Siti Shazwana Ajak yang membuka gelanggang acara final hari ini, tewas 22-30 kepada pesilat Singapura Nurul Suhaila Mohamed Saiful dalam kelas E Wanita (65-70kg).
Seorang lagi pesilat Malaysia Billage Nakang akan turun bertarung dalam final kelas Terbuka Lelaki (110kg) menentang pesilat Vietnam Le Van Toan, petang ini, lapor Bernama.
Emas akhirnya milik Malaysia dalam Pencak Silat. Khairi Adib Azhar menewaskan lawan dari Indonesia dengan hanya kelebihan 1 mata! Fuhhh. 🥇@ASTROARENA pic.twitter.com/HtJNsIitnj
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) May 16, 2022
DRAMA HABIS WEI!
Tendangan haram di leher Adib oleh pesilat Indonesia, memberikan kelebihan mata buat atlet silat negara. Sekaligus, berjaya menyumbangkan emas buat Malaysia hari ini! 🇲🇾#semarakjuara #sokongmalaysia #sukansea2021 #seagames2021 pic.twitter.com/JwgI0U7mqc
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) May 16, 2022
BACA: Tetap Beraksi Walau Kesakitan, Al Jufferi Jamari Akur Tewas Di Tangan Pesilat Singapura
Sumber: Zulhelmi Zainal Adam