Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
bayi 10 bulan maut
Sumber: Bernama

Bayi Tiga Bulan Meninggal Dunia Pada Hari Pertama Di Pusat Asuhan

Iqbal Yasir

Bayi Tiga Bulan Meninggal Dunia Pada Hari Pertama Di Pusat Asuhan

SHAH ALAM, 6 Mac (Bernama) — Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan meninggal dunia selepas dipercayai tidak sedarkan diri ketika berada dalam jagaan di sebuah pusat asuhan kanak-kanak di Setia Alam di sini Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada bapa bayi terbabit pada 3.31 petang dua hari lepas.

Beliau berkata terdahulu, bapa bayi berkenaan telah menghantar anaknya buat kali pertama ke pusat asuhan itu pada 8.30 pagi sebelum dihubungi pengurus pusat berkenaan dua jam kemudian memaklumkan mangsa berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.

BACA: “Jalan Menuju Healing”, Pemuda Terkejut Google Map Bawa Laluan Terus Masuk Laut

“Mangsa telah dibawa ke Jabatan Kecemasan Hospital Shah Alam dalam keadaan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia setelah usaha menyelamatkan dibuat.

“Bedah siasat telah dijalankan di Unit Forensik Hospital Shah Alam semalam (5 Mac) dan pihak polis sedang menunggu laporan makmal untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd Iqbal berkata pemeriksaan awal terhadap bayi itu mendapati tiada sebarang kesan kecederaan luaran mahupun dalaman.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak yang jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya sekali.

Sumber: BERNAMA