Siakap Keli
isi minyak kad debit
Gambar: TikTok @altimetsaujana

Mungkin Ada Yang Lupa, Ini Cara Elakkan Duit RM200 Kena Tolak Semasa Isi Minyak Guna Kad Debit 

Mungkin Ada Yang Lupa, Ini Cara Elakkan Duit RM200 Kena Tolak Semasa Isi Minyak Guna Kad Debit

Seperti sedia maklum, hampir setiap stesen minyak telah mempelbagaikan jenis pembayaran bagi pengisian minyak. Antaranya termasuklah pembayaran di kaunter dan pembayaran menerusi aplikasi.

Alternatif ini bagi mewujudkan sistem pembayaran yang lebih mesra pelanggan kerana pelanggan tidak perlu lagi beratur panjang dan hanya perlu membayar di pam petrol atau secara atas talian.

Pembayaran menerusi kad debit juga menjadi salah satu jalan mudah kerana pelanggan hanya perlu mengimbas kad debit atau tap kad sahaja dan mengisi minyak mengikut jumlah yang diinginkan.

Namun, perasan atau tidak? Setiap kali menggunakan pembayaran kad debit ini, sebanyak RM200 akan ditolak daripada akaun bank anda.

Perkara ini sudah tentunya menimbulkan perasaan panik dalam diri meskipun ia bakal dimasukkan kembali dalam akaun bank untuk tempoh dua atau tiga hari.

Tahukah anda sebenarnya terdapat langkah lain bagi wang anda ditolak mengikut jumlah minyak yang diisi.

Untuk itu, mari kita ikuti perkongsian pemilik TikTok @altimetsaujana mengenai langkah pembayaran kad debit di bawah.

Tak mahu RM200 ditolak, ini cara bayar minyak guna kad debit

Menurut individu dalam klip tersebut, terdapat beberapa langkah untuk menggunakan cara ini.

1.Preset jumlah

isi minyak kad debit
Gambar: TikTok @altimetsaujana

Pertama, lihat pada paparan skrin pam minyak anda. Cari “preset jumlah” dan tekan.

2. Tetapkan jumlah

Gambar: TikTok @altimetsaujana

Seterusnya, tetapkan jumlah minyak yang ingin diisi (RM) seperti RM10, RM20, RM 50 dan sebagainya.

Sekiranya jumlah yang dikehendaki tiada, anda hanya perlu menekan spesifik angka minyak yang dimahukan pada button.

isi minyak kad debit
Gambar: TikTok @altimetsaujana

3. Sentuh kad debit

isi minyak kad debit
Gambar: TikTok @altimetsaujana

Kemudian, anda akan diberikan dua kaedah pembayaran sama ada masukkan kad debit atau sentuh kad debit.

Jadi, pilih sentuh kad untuk membuat pembayaran.

BACA: Kenali Ikonik Negara, Stadium Merdeka Yang Bakal Dibuka Semula Pada Tahun Ini

4. Isi minyak

Seterusnya, ambil nozel dan isi minyak macam biasa. Mudah je kan?

Dengan cara ini, anda tidak perlu bimbang nilai RM200 akan ditolak daripada akaun bank anda.

Semoga bermanfaat.

 

@altimatsaujana

Nak isi minyak pakai kad tanpa tolak RM200 ? Ini caranya. #bengkel #bengkelkereta #bengkelrepairkereta #bengkelservicekereta #bengkelrepairaircondkereta #bengkelserviceaircondkereta #aircondkeretataksejuk #aircondkeretapanas #aircondkeretabocor #aircondkeretabaubusuk #aircondkereta #automotive #automotif #automotivemalaysia #automotivemalaysia #kereta #altimatautogarage #petronasautoexpert #setel #petronas #petronassetel

♬ original sound – Altimat Saujana Utama – Altimat Saujana Utama

Sumber: TikTok @altimetsaujana

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?