Siakap Keli
ciri logo halal
Gambar: Siakap Keli

Ketahui Ciri-ciri Logo Halal Malaysia Yang Ada Pada Setiap Produk

Ketahui Ciri-ciri Logo Halal Malaysia Yang Ada Pada Setiap Produk

Seperti semua sedia maklum, setiap makanan atau produk yang dihasilkan oleh peniaga dan syarikat-syarikat perlu mendapat pengiktirafan daripada pihak berkuasa dalam perkara ini.

Pensijilan Halal Malaysia ini bertujuan untuk membezakan antara makanan yang halal dan haram khususnya individu yang beragama Islam.

Oleh itu, logo ‘HALAL’ dikeluarkan terhadap mana-mana produk makanan yang telah diluluskan terhadap syarikat-syarikat pengeluar produk dan makanan.

Walau bagaimanapun, ada sesetengah pihak mengambil kesempatan dengan mencetak dan menggunakan logo ‘HALAL’ tanpa mendapat pengesahan daripada pihak berwajib.

Bagi mengelakkan pengguna terperdaya, sehubungan itu, SK akan berkongsikan ciri-ciri logo ‘Halal’ yang tepat di bawah.

Apa itu “HALAL” 

Gambar: Bernama

Menurut laman web rasmi halal.gov.my, perkataan ‘Halal’ berasal daripada dari frasa bahasa Arab yang bermaksud dibenarkan atau dibenarkan oleh undang-undang Islam.

Selain itu, takrif Halal mengikut Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan istilah “Halal”) 1975 merujuk kepada istilah ‘Halal’ yang digunakan berhubung dengan makanan dalam apa-apa bentuk sekalipun, dalam proses perdagangan atau perniagaan sebagai satu aspek perdagangan atau sebahagian daripada satu aspek perdagangan untuk makanan yang disebut.

Istilah ‘Halal’, ‘Dijamin Halal’ atau ‘ makanan Islam ‘atau apa-apa terma lain yang boleh digunakan untuk menunjukkan atau mungkin difahamkan sebagai bermaksud untuk menunjukkan adalah halal untuk dimakan oleh orang Islam dan dibenarkan dalam agama mereka sebagai makanan yang disebut untuk dimakan.

BACA: Apakah Hukum Sewa Barang Pinjam Kepada Orang Lain? Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Berikut adalah terma-terma logo HALAL di bawah.

1. Tidak berpunca daripada atau mengandungi apa-apa bahagian atau benda dari binatang yang diharamkan kepada orang Islam oleh undang-undang Islam, atau haiwan yang tidak disembelih mengikut hukum syarak.

2. Tidak mengandungi apa-apa bahan yang dianggap suci dalam undang-undang Islam.

3. Tidak disediakan, diproses atau dikilang menggunakan peralatan atau perkakas yang tidak bebas daripada kekotoran seperti yang ditakrifkan oleh undang-undang Islam.

4. Pada peringkat penyediaan, pemprosesan atau penyimpanan, tidak bersentuhan dengan atau disimpan berhampiran apa-apa jenis makanan yang tidak memenuhi kehendak para (s) (a), (b) atau (c) atau mana-mana bahan-bahan yang dianggap suci oleh undang-undang Islam.

Logo Halal

Menurut laman web rasmi halal.gov.my, logo “HALAL” dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) atau Majlis Agama Islam Negeri (MAIN). Berikut adalah ciri-ciri logo Halal yang sahih.

Gambar: Jabatan Agama Islam Negeri Johor

1. Logo HALAL mempunyai perkataan “Malaysia” dalam bulatan.

2. Logo HALAL mempunyai bintang lapan puncak (bucu) di tengah-tengah bulatan.

3. Logo HALAL  mempunyai perkataan “حلآل” di tengah bintang

4. Logo HALAL mempunyai tulisan rumi “HALAL” dalam huruf Roman di bawahnya.

5. Logo HALAL mempunyai dua bintang kecil berbucu lima bagi memisahkan tulisan Rumi dan Arab.

6. Logo HALAL mempunyai perkataan ماليزيا dalam bahasa Arab di dalam bulatan logo.

7. Di bawah logo HALAL terdapat nombor siri seperti MS 1500:2009 dan nombor permohonan.

Untuk info lanjut, boleh layari laman web halal.gov.my atau klik di sini.

Sumber: Portal Rasmi Halal Malaysia

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?