Siakap Keli
medan selera kl sentral operasi
Gambar: @sentralfoodcourt/Instagram

Medan Selera KL Sentral Umum Henti Operasi

Medan Selera KL Sentral Umum Henti Operasi Pada Mac

Setelah beroperasi bertahun lamanya, medan selera stesen Sentral Kuala Lumpur atau KL Sentral mengumumkan bahawa ia menghentikan operasi pada 1 Mac lalu.

Perkara itu dimaklumkan oleh pihak pengurusan medan selera tersebut menerusi catatan Instagram miliknya.

Dalam satu video, Medan Selera KL Sentral mengucapkan terima kasih kepada orang ramai kerana menyokong penubuhan itu selama bertahun-tahun.

“Dengan rasa dukacita, kami ingin mengumumkan bahawa medan selera KL Sentral akan dihentikan operasi mulai 1 Mac ini.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada anda semua atas sokongan anda sepanjang tempoh ini. Kami berbesar hati melayani anda,” katanya dalam video tersebut.

Gambar: @sentralfoodcourt/Instagram

Medan selera yang terletak di tingkat tiga hab transit terbesar di negara ini menjadi tempat tumpuan pelancong apabila singgah  di kawasan tersebut.

Menurutnya, ia merupakan satu perjalanan yang indah untuk berkhidmat kepada orang awam namun sudah tiba masanya untuk berundur.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih atas sokongan sepanjang tahun ini. Terima kasih semua,” memetik kapsyen di Instagram.

Bagaimanapun, tiada maklumat terperinci diberikan berkenaan dengan penutupan medan selera tersebut.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warga maya yang pernah singgah di medan selera itu meluahkan rasa sedih susulan tidak dapat singgah untuk makan di tempat itu lagi.

Tidak dinafikan penutupan itu serba sedikit memberi kesan kepada orang ramai khususnya mereka yang memiliki kedai kegemaran di lokasi itu.

Sumber: @sentralfoodcourt/Instagram

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana