Siakap Keli

Alami Detik Indah Dengan Perisa Baharu Biskut Sandwic Julie’s – Cili Keju Manis Dan Krim Masam & Bawang

Datanglah ke Pameran Julie’s dari sekarang hingga 10 Mac untuk merasai Detik Indah dengan Setiap Hidangan!

Kuala Lumpur, 8 Mac 2024 – Sediakan deria rasa anda untuk menikmati keenakan rangkaian biskut sandwic lazat Julie’s yang baharu dalam perisa Cili Manis dengan Krim Keju, dan Krim Masam & Bawang. Pelancaran ini menandakan pengembangan jenama Julie’s dalam pasaran biskut sandwic yang biasanya didominasi oleh biskut yang manis.

Untuk meraikan pelancaran ini, Julie’s telah menganjurkan pameran biskut sandwic eksklusif dengan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan dari 7 hingga 10 Mac di Sunway Pyramid Blue Concourse.

“Dalam landskap kulinari kini yang semakin berkembang pesat, pelanggan Malaysia sentiasa ingin mencari pengalaman kulinari yang baru dan eksotik. Oleh itu, Julie’s sangat teruja untuk melancarkan biskut sandwic terbaharu kami yang akan memperkenalkan pengalaman kulinari yang unik untuk pelanggan.

Pelbagai aktiviti menarik di pameran Julie’s dari sekarang hingga Ahad di Sunway
Pyramid.

“Biskut sandwic terbaharu Julie’s dalam perisa Cili Manis dengan Krim Keju, dan Krim Masam & Bawang bukan sahaja akan menarik perhatian dengan rasanya yang menyelerakan tetapi, dengan gabungan perisanya yang inovatif.

“Dalam pasaran yang tepu dengan biskut sandwic manis, kami telah menolak sempadan dan mencabar status quo melalui pelancaran kombinasi biskut yang eksotik ini. Di Julie’s, kami komited untuk meneruskan inovasi produk biskut kami supaya pelanggan sentiasa mendapat akses kepada tawaran dan kombinasi biskut yang paling menarik dan lazat,” kata Tzy Horng Sai, Pengarah Biskut Julie’s.

Setiap biskut sandwic ini bukan sahaja diperbuat daripada bahan yang berkualiti, tetapi juga padat dengan khasiat. Kedua-dua varian biskut Julie’s adalah sumber protein yang baik, rendah kolesterol dan asid lemak trans, dan diperbuat daripada bahan-bahan bukan GMO.

Biskut sandwic lazat Julie’s boleh didapati dalam dua perisa – Cili Manis dengan Krim
Keju, dan Krim Masam & Bawang.

Biskut sandwic Krim Masam & Bawang menampilkan rasa bawang aromatik yang dilengkapi dengan krim masam. Biskut sandwic Cili Manis dengan Krim Keju pula menawarkan rasa cili manis yang digandingkan dengan tekstur krim keju yang lembut, menjadikannya perisa pilihan yang unik untuk mereka yang gemar mencuba makanan baharu.

Bungkusan biskut sandwic ini direka bentuk untuk dijadikan mudah alih dengan pembungkusan Julie’s “to-go” yang terdiri daripada sepuluh pek empat kepingan biskut.

Pelanggan yang ingin mencuba biskut sandwic baharu ini boleh mengunjungi pameran Julie’s minggu ini, yang menampilkan taman skate mini.

Para pemain papan selaju profesional sedang beraksi semasa pelancaran dan akan
mengadakan bengkel ‘skateboard’ semasa pameran minggu ini.

Para tetamu akan berpeluang menyaksikan persembahan papan selaju atau dikenali sebagai ‘skateboarding’ yang menawan malah turut serta dalam bengkel papan selaju yang diketuai oleh pemain ”skateboard” profesional. Artis tempatan terkenal seperti Zozo dan Cloakwork juga akan membuat sesi bertemu peminat pada 9 Mac.

Tetamu yang menyertai sesi bertemu peminat ini akan berpeluang memenangi beberapa lencana serta tiga ”skateboard” yang dihasilkan khas oleh mereka untuk acara tersebut. Selain itu, tetamu boleh menikmati permainan interaktif seperti Biskut “Ninja” Julie’s dengan pelekat untuk dimenangi atau meluangkan masa di gerai mewarna yang tersedia.

Selain aktiviti yang menyeronokkan, pameran ini adalah peluang yang terbaik untuk penggemar biskut untuk membeli biskut lazat baharu ini kerana terdapat pelbagai hadiah eksklusif yang disediakan dengan setiap pembelian.

Pembelian mana-mana empat pek biskut sandwic akan melayakkan pembeli menerima empat hadiah berjenama Julie’s termasuk rantai kunci bendera, tas tangan, lencana yang direka oleh Zozo dan beg beli-belah Julie’s. Tetamu yang membelanjakan RM50 atau lebih dalam satu resit akan menerima satu set stokin duet Julie’s edisi terhad.

Sebagai tambahan, pelanggan yang membelanjakan jumlah pembelian tertinggi pada setiap hari pameran tersebut akan berpeluang membawa pulang AirWheel SE3S. Terdapat empat unit untuk direbut sepanjang empat hari pameran ini.

Hadiah-hadiah menarik yang ditawarkan di pameran Julie’s untuk pembelian biskut
sandwich baharu ini di Sunway Pyramid.

Jangan lepaskan peluang ini untuk menikmati detik kegembiraan anda di pameran ini. Bawalah keluarga dan rakan anda untuk pengalaman yang tidak dapat dilupakan yang menggabungkan rasa lazat, aktiviti yang mendebarkan dan hadiah yang cukup hebat.

Mulakan perjalanan indah anda hari ini melalui pembelian dalam talian biskut sandwic Julie’s perisa Cili Manis dengan Krim Keju, dan Krim Masam & Bawang dari kedai rasmi Julie’s di Shopee dan Lazada. Untuk membuat pembelian di kedai, kunjungilah kedai serbaneka atau pasar raya besar berdekatan anda.

Untuk mendapatkan informasi terkini berterusan tentang promosi, peraduan dan aktiviti Julie’s, lawati laman web kami atau ikuti kami di Facebook di www.facebook.com/JuliesBiscuits dan Instagram di www.instagram.com/juliesbiscuits.

Untuk menonton video promosi Julie’s mengenai perisa baharu ini, klik pada pautan di bawah:

Biskut Sandwic Krim Masam & Bawang
Biskut Sandwic Cili Manis dengan Krim Keju

Amira

Love yourself.