Siakap Keli

Mydin Tawar Penjimatan Untuk Ramadan & Aidilfitri Melalui Kempen “Happening Raya”

Mydin Tawar Penjimatan Untuk Ramadan & Aidilfitri Melalui Kempen “Happening Raya”

SEREMBAN, 7 MAC 2024: Cakna dengan keperluan masyarakat khususnya  golongan muslim yang bakal menyambut bulan Ramadan dan Aidilfitri tidak lama lagi,  rangkaian pemborong dan peruncit halal terbesar tempatan, Mydin Mohamed  Holdings Berhad (MYDIN) melancarkan kempen “Happening Raya” bagi menawarkan  penjimatan dan pilihan barangan persiapan musim perayaan tersebut. 

Majlis Pelancaran kempen tersebut telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Dr  Noraini Ahmad, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di  MYDIN Seremban 2. 

Happening Raya Mydin

Sepanjang kempen berlangsung, pelbagai promosi barangan, aktiviti menarik serta  peraduan dengan ganjaran lumayan dijanjikan kepada masyarakat khususnya  pelanggan setia MYDIN antaranya adalah: 

  1. Program Jelajah Iftar Ala Madinah sepanjang bulan Ramadan dengan  kerjasama Sinar Harian. Program berbuka puasa secara percuma ini  melibatkan tujuh cawangan MYDIN yang terpilih dan menyasarkan jemputan  sehingga 11,000 pengunjung. Jelajah ini akan berlangsung di tujuh lokasi  MYDIN iaitu MYDIN USJ (Selangor) MYDIN Seremban 2 (Negeri Sembilan),  MYDIN MiTC (Melaka), MYDIN Meru Raya (Perak), MYDIN Bukit Mertajam  (Pulau Pinang), MYDIN Gong Badak (Terengganu), dan MYDIN Tunjong  (Kelantan).  
  2. Pemberian 45,000 bekas bubur lambuk percuma di cawangan terpilih  MYDIN di seluruh negara. Program ini mendapat kerjasama Adabi, Anchor, Azmy, Bestari, Buttercup, Eco Disposable, Faiza, F&N, H Elite Hotel, Indra Valley,  Jati, Kara, Maggi, MYRASA, Promex dan Institut Pendidikan Guru Malaysia.
  3. Bazar Ramadan menawarkan seleksi lebih 100 pilihan juadah berbuka  puasa seperti kuih -muih, lauk pauk dan menu RAHMAH pada harga yang amat  berpatutan di 25 cawangan MYDIN terpilih.
  4. Kerjasama dengan 43 rakan strategik bagi mengumpul dana MYDIN  Prihatin untuk disumbangkan kepada golongan B40 di seluruh negara bagi  persiapan keperluan perayaan. Setiap nilai pembelian produk terpilih sejumlah  dana akan disalurkan ke dana MYDIN Prihatin. 
  5. MYDIN dengan kerjasama Courts Malaysia turut menawarkan baucar  Courts bernilai keseluruhan RM30,000 kepada 10 pelanggan bertuah. Melalui  peraduan “Kongsi Kisah Perabot Impian” pelanggan hanya perlu mengarang  cerita impian mereka dan cerita paling menarik bakal memenangi baucar  Courts bernilai RM3,000 bagi mendekorasi kediaman mereka. 
  6. Pulangan tunai dan ganjaran menarik bagi pelanggan yang berbelanja  minimum RM50 dalam satu transaksi menggunakan aplikasi e-dompet Boost  dan SPayLater.  

Sebarang maklumat lanjut mengenai kempen ini, orang ramai boleh mengunjungi  laman media sosial atau laman sesawang rasmi MYDIN Malaysia di www.mydin.my 

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa