Siakap Keli

Seremban 2 Sambut Chap Goh Mei Dengan Lebih 20,000 Pengunjung

Perayaan Chap Goh Mei yang baru-baru ini dilangsungkan di Seremban 2 City Park membuktikan kejayaan pemaju hartanah terkemuka Malaysia, IJM Land, dalam menyampaikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan dengan sambutan yang penuh gelak tawa dan kegembiraan. Sambil menyambut ketibaan tahun yang baharu, penduduk dan pengunjung Seremban 2 telah berpeluang menikmati konsert bertemakan ‘PARTY Long Long Way’ yang merupakan kemuncak acara anjuran bersama IJM Land Seremban 2 dan Astro.

Ia sudah menjadi satu tradisi yang IJM Land telah sekali lagi memenuhi komitmen mereka dalam menyampaikan perayaan Chap Goh Mei yang terhebat. Acara malam itu dimulai dengan persembahan Si Chuan Mask Changing Show, diikuti dengan Trad Jazz Dance yang menarik minat para pengunjung. Alunan ritma diteruskan dengan persembahan 24 Season Drums oleh para pelajar SMJK Chan Wa, diikuti dengan ketangkasan persembahan Tarian Singa oleh Persatuan Kesenian Gui QIng, johan Pertandingan International High Pole Lion Dance yang pertama. Selain daripada barisan persembahan yang menarik, pengunjung juga berpeluang untuk menikmati aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan termasuk penerimaan hadiah istimewa, sesi meet-and-greet bersama maskot rasmi acara, Baby Long Long, dan juga permainan teka-teki tradisional Cina. Seramai 800 pengunjung awal ke acara telah menerima hadiah perayaan yang istimewa sebagai tanda penghargaan.

Encik Chai Kian Soon, Pengurus Besar Kanan IJM Land Berhad, menyatakan kegembiraannya setelah sekali lagi berjaya menganjurkan sambutan Chap Goh Mei yang penuh kemeriahan untuk semua. Kejayaan ini membuktikan komitmen IJM Land dalam usaha mereka untuk menyemarakkan lagi semangat perpaduan dalam masyarakat berbilang budaya di Seremban.

“Sudah 8 tahun sejak kami mula menyambut perayaan Chap Goh Mei di perbandaran Seremban 2 yang kini menjadi satu tradisi yang terukir dalam sejarah komuniti kami sejak 2014. Kami bertekad untuk mengekalkan tradisi ini sambil terus memupuk keamanan dan keharmonian komuniti kami. Acara seperti ini dapat menyatukan orang ramai di ruang yang meraikan keterangkuman untuk impak yang positif buat semua,” kata Encik Chai Kian Soon.

“Seperti biasa, kami di IJM Land berhasrat untuk terus meraikan acara berbilang kaum dengan menyambut kekayaan budaya dan keharmonian masyarakat, dan kami komited untuk menganjurkan lagi acara seperti ini untuk menghidupkan semangat kebersamaan dengan menyatukan orang ramai.”

Sambutan gemilang ini telah dirasmikan oleh seorang tokoh berpengaruh yang dilahirkan dan dibesarkan di Seremban, kini bergelar pemimpin masyarakat yang dihargai, Yang Berhormat Tuan Anthony Loke Siew Fook, Menteri Pengangkutan Malaysia & Ahli Parlimen Seremban. Perayaan Chap Goh Mei tersebut turut diserikan dengan kehadiran Datuk Tony Ling Thou Lung, Ketua Pegawai Operasi IJM Land Berhad dan beberapa tetamu penting yang lain yang telah meluangkan masa bersama warga Seremban.

Jelas terbukti usaha IJM Land dalam mengubah ruang untuk mewujudkan suasana perayaan yang memukau yang bertema ‘Dance Along With Lanterns’. Tapak seluas 15 ekar di Seremban 2 City Park dihiasi dengan 2,000 tanglung yang direka khas oleh barisan artis berbakat. Tanglung melambangkan permulaan baharu sambil melepaskan masa lalu. Setiap tanglung yang berlainan saiz dan bentuk juga disediakan dengan lampiran yang menerangkan makna simbolik tersendiri. Tanglung-tanglung ini dikenali dengan nama-nama bertuah seperti Flowers Bloom in Wealth and Prosperity, Thriving and Flourishing, Peace and Joy, dan banyak lagi. Karya-karya seni yang unik ini mengindahkan lagi suasana perayaan dengan menambahkan lagi pesona acara.

Walaupun hujan turun secara sporadis pada sebelah malam, acara tetap berjalan dengan lancar dan jayanya. Dengan dorongan semangat peserta yang berkobar-kobar, berkunjung dari pelbagai tempat, jauh mahupun dekat.

Sebelum akhirnya acara, persembahan konsert ‘PARTY Long Long Way’ yang dianjurkan dengan kerjasama Astro berjaya memukau penonton! Dipersembahkan oleh artis terkenal termasuk Vivienne, Jie Ying Tha, Daniel Wong, Priscilla Abby, 3P dan ramai lagi, acara kemuncak perayaan Chap Goh Mei IJM Land menggamit rasa gembira dan ceria di kalangan para pengunjung.

Encik Chai seterusnya berkata, “Pengunjung seramai lebih 20,000 orang daripada komuniti kami menunjukkan betapa kami menghargai masa bersama dan peranan kami sebagai sebahagian daripada komuniti. Semangat kebersamaan ini menjadi dorongan utama kami untuk terus menganjurkan acara ini untuk tahun-tahun akan datang.”

Untuk maklumat lanjut mengenai perayaan Chap Goh Mei IJM Land, sila layari http://seremban2.ijmland.com/.

Nur Farra